Artis / Selebriti
” Menangis dengar selawat ke atas Nabi daripada adik Amir.. ” – Netizen
Video Adik Amir Sisi Berselawat Ke Atas Nabi Dan Menyanyikan Lagu Rindu Madinah Buat Ramai Tersentuh. Menusuk Ke Kalbu Apabila Mendengar Suara Adik Amir Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram Rocketfuelent, perkongsian video adik Amir Sisi berselawat ke atas nabi dan menyanyikan lagu Rindu Madinah telah meraih perhatian ramai. Adik Amir sememangnya memiliki suara yang merdu terutamanya apabila berselawat dan bernasyid.
Sekadar info, adik Amir merupakan juara The Chosen One yang merupakan rancangan realiti terbitan Astro yang bersiaran di Astro Ceria. Adik Amir baru sahaja pulang menunaikan umrah bersama ibu dan juga abangnya atas tajaan syarikat Andalusia.
Nampaknya adik Amir terus aktif setelah pulang dari umrah dan sempat lagi merakamkan selawat ke atas nabi dan lagu rindu Madinah. Rupanya ramai yang merindui suara adik Amir dan perkongsian ini mengubati kerinduan para peminat.

Perkongsian kedua-dua video ini telah menerima lebih satu ribu dan empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Wajah adik Amir juga nampak sangat berseri-seri sejak pulang daripada menunaikan umrah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara adik Amir mengalunkan selawat. Antara komen-komen yang diberikan :
” MasyaAllah…sayunya dgr. Terima kasih Adik Amir.. merdu suara.. Allahumaa Solli Ala Sayyidinaa Muhammad.. Jom bersama ii selawat.. “
” Assalamualaikum Haji Kecil Amir.. nanti menyanyi lagu Rindu Madinah pula.. Allahumaa solli ala sayyidinaa muhaammad.. “
” Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi. Amiin.. blik dri umrah berseri2 wajah amir .moga menjdi anak yg soleh. baik dunia akhirat.. “
” Alhamdulillah sejuk hati akank mendengar selawat ni hilang keresahan d jiwa.. sedap dgr adik amir selawat.. moga jd anak yg soleh , anak yg berjaya dunia dan akhirat.. “
” Balik mekah tak rehat ke…klu makcik balik dr sana demam or batuk2 tp alhamfulillah Amir sihat2 je.. Ni mcm ada angin2 amir buat single lagu nasyid juga ni… “
” Moga dg mendapat hidayah blik dri Umrah Amir jadi yg lbeh baik.moga adik Amir dipermudahkan didunia mau pun akhirah Aamiin.. “
” Menusuk kalbu suara adik amir.. menangis dengar selawat nabi dari adik amir.. byk pahala Amir dpt. automatic kt ikut bselawat jg.. “
Agaknya adik Amir akan merakamkan album nasyid tak selepas ini ? Suara adik Amir sungguh mendayu-dayu dan membuatkan ramai tersentuh hati apabila mendengarnya. Semoga adik Amir terus berjaya dalam pelajaran dan juga kerjaya seninya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen


