Artis / Selebriti
” Memang tak senyum, tapi sekali dia terjerat dengan apa yang dia cakap, haha.. ” -Komen Netizen

Video respon Dato’ Aaron Aziz apabila isterinya, Datin Diyana membuat video trend senyum kalau nak kahwin dua buat ramai terhibur. Alamak, last sekali tu Dato’ tersalah cakap ke. Habis lah kena dengan Datin. Harap tak tidur luar lah ye, haha..
Meninjau di akaun Instagram pelakon terkenal, Dato’ Aaron Aziz, telah dikongsikan video yang memaparkan isterinya, Datin Diyana membuat video trend ‘senyum kalau nak kahwin dua ‘ kepada Dato’ Aaron. Menerusi video itu, kelihatan pasangan ini berada di dalam sebuah kereta.
Ketika Dato’ Aaron sedang memandu kereta, Datin Diyana menunjukkan tulisan yang ditaipnya di telefon yang bertulis, ‘senyum kalau nak kahwin dua ‘ . Melihat apa yang ditulis oleh isterinya itu, Dato’ Aaron langsung tidak senyum, malah memberikan reaksi wajah serius.
Namun begitu, Dato’ Aaron sempat berkata kepada isterinya, jangan percaya jika isteri ‘pertama’ memberikan soalan. Mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Aaron itu, dengan pantas Datin Diyana menjawab kembali apa maksud Dato’ Aaron ‘isteri pertama’, sedangkan dia satu-satunya isteri kepada Dato’ Aaron.
Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan Dato’ Aaron sudah terjerat dengan kata-katanya yang tidak disengajakan itu. Dato’ Aaron juga turut memuatnaik satu video baru iaitu part 2 kepada Datin Diyana.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan reaksi wajah Dato’ Aaron dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menaerik adalah :
” Memang tak senyum, tapi sekali dia terjerat dengan apa yang dia cakap. Sorry Dato’ kami tak boleh tolong, haha.. Habis lah kena dengan Datin.. “
” Dah sedia ke nak tidur luar ke tu Dato.. Nak tahu ke sudahnya jadi apa, hahaha.. Nada Datin tu boleh tahan garang dah tu, haha.. “
” Alamak, salah borak ke apa ni.. Bertabah lah Dato, perempuan memang pandai ok, dia boleh bagi macam2 kesalahan kita ok.. “
” Nasib baik lulus ujian, tapi yang tak berapa lulus tu bila tersalah cakap pula, hahha.. Hujung apa jadi bang, nak tau gak, seram ke tak seram.. “
” Jeng.. Jeng.. Jeng.. Adeh tersilap cakap sikit je tu.. mahu seminggu kena masak sendiri ni, haha.. Tersalah cakap memang dah tak boleh undur dah Dato.. “
” Haahahaha alamak, kenapa lah Dato boleh tercakap isteri pertama tu Dato oiiii.. Habis lah Dato.. Kata-kata makan diri, hahaha.. “
” Auto jadi isteri pertama dah.. Emm. Redho je lah bang. Tapi kalau seminggu kena makan nasi kedai, roger² lah. Kot you need someone to talk. Hmm.. “
Kelakar juga Dato’ Aaron ni rupa-rupanya. Video kedua pula seoalah-olah Dato’ Aaron meniru gaya watak Dato’ Rosyam Nor iaitu Iman dalam drama Keluarga Itu. Apa-apa pun, perkongsian video oleh Dato’ Aaron tersebut hanyalah sekadar gurauan sahaja.
Silakan SHARE..
Sumber : IG aarondwiaziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral5 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral4 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral4 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli