Artis / Selebriti
” Mata light hazel, ย habis lah nanti jadi rebutan gadis ni.. ” – Komen Netizen
Video close up wajah anak lelaki Maryam You Narae, Nik You Rian raih perhatian ramai. Alahai cantiknya mata Rian. Rupanya copy paste mata Appa dia lah..
Meninjau ke akaun Instagram Nik Muhammad Ryzal, perkongsian sebuah video yang memaparkan wajah close-up anak lelaki Ryzal dan Maryam You Narae iaitu Nik You Rian telah meraih perhatian ramai. Ryzal ingin menunjukkan warna anak mata Rian yang cantik.
Menurut Ryzal, mata Rian mengikut warna anak matanya. Memang cantik sangat warna anak mata Rian yang nampak jernih. Ryzal turut menunjukkan bukti warna matanya sama dengan Rian. Nampaknya Ryzal tetap ingin menyatakan wajah Rian ada juga mengikut wajahnya.
Apabila wajah Rian ditunjukkan secara close-up, kelihatan Rian sangat comel. Dalam masa yang sama, reaksi wajah Rian seolah-olah dalam keadaan tertanya-tanya. Mesti Rian berfikir apakah yang dilakukan oleh bapanya itu sehingga merakamkan wajahnya secara dekat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih sembilan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Maryam perlu bersabar kerana Ryzal tetap ingin menyatakan wajah Rian seiras wajahnya walaupun ramai menyatakan wajah Rian seiras wajah Maryam, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel Rian. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Baby cakap: “ok Ni camera, I kena maintain comel”.. Green ke tu…mcm light hazel,apa pun warna… mashaAllah, comel baby nya…mesti encem nanti…. “
” Ala comelnya Rian. Sama mcm mata anak sy ms lahir tp skrg jadi dark hazel. Macam mata anak saya masa baby tapi makin besar dia jadi light brown . Ikut mata bapak dia .. “
” Rian tgh konfius tu, knp maknya korea ayahnya melayu.. Ya Allah comelnyaaa… Comel sgt..bila saya nk kwen ni.. mata Light hazel ย habis lah nanti jadi rebutan gadis ni.. “
” Waahhhh bulatnya.. Omeyyy sgtt.. Xsabar tggu rian main dgn kakak rina.. Sebijik macam Maryam.. Olive eyes jer tu .. “
” Mata hijau comel nya bijak nya.. Alhamdullilah MasyaAllah.. Semoga Rian menjadi Ank yg soleh. Selamat dunia dan akhirat aamiin.. “
” Nak jugak ada part dia. Mcm pakai konteks lens.. Muka oppa ya Allah hansem la nanti besar . Betul cantiklah warna mata dia.. “
” Sama mata anak sayalahhhโฆsy tya docโฆdoc ckp cokolat .. Maha suci Allah. Moga membesar jadi anak soleh.. Maryam tengah geram tu penat2 dia beranak semua nk ikut appanya.. “
Alahai, geramnya melihat wajah Rian yang merupakan seorang bayi kacukan Korea dan Malaysia. Semestinya apabila besar nanti mempunyai ramai peminat. Kecil-kecil sudah nampak handsome. Semoga membesar dengan sihat dan ceria.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu.ย Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


