Artis / Selebriti
” Masa Ayash sebut ibu tu boleh nampak air mata Shuib bergenang.. ” – Komen Netizen

Video anak bongsunya, Ayash Affan menyebut ‘ibu’ apabila Shuib menunjukkan video arwah Siti Sarah buat ramai sebak. Ayash dah kenal ibu, sedih tengok ekspresi wajah Shuib. Lebih sayu bila Shuib cakap dia selalu fikir macam mana nak cerita pada Ayash pasal ibu dia..
Sudah bertahun-tahun arwah Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan semua, namun kesedihannya tetap dirasai setiap kali kisah mengenai Siti Sarah dikongsikan. Lebih menyentuh hati apabila melihat cahayamata terakhir yang Siti Sarah tinggalkan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Ayash Affan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Tashaaa914, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Shuib bersama anak-anaknya, Ayash Affan dan Dzahira Talita Zahra. Ketika muzik lagu Siti Sarah berjudul Ke Hujung Dunia dimainkan, Shuib menunjukkan kepada Ayash video Siti Sarah.
Spontan Ayash mennyebut ibu dan jawapan Ayash itu membuatkan Shuib teruja. Berubah air muka Shuib dan kesedihan terlihat pada wajahnya itu. Ayash sudah kenal siapa ibunya walaupun Ayash tidak pernah merasa kasih sayang dan sentuhan ibu kandungnya itu.
Berkaca mata Shuib sambil menyanyikan lagu Siti Sarah itu. Seketika selepas itu, Shuib menyuarakan kebimbangannya kepada semua viewers tentang bagaimana caranya untuk dia bercerita kepada Ayash mengenai Siti Sarah. Seorang ibu yang hebat dan pemergiannya dicemburui oleh ramai orang.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@tashaaa914
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masa Ayash sebut ibu tu boleh nampak air mata Shuib bergenang. Aduh aku lak yang nangis ni. ibu dah tiada tapi tetap hidup dalam diri Ayash.. “
” Saya pun nangis.. bila ayash sebut ibuuuu.. mata shuib berkaca-kaca.. Bagitahu je kat dia yg ibu dia seorg wanita hebat.. wanita istimewa dan bidadari syurga.. al fatihah utk arwah Sarah.. “
” Kesian ayash .. Tak sempat nak jumpa ibu ya … tp insyaAllah .. mummy watie akan jaga ayash dgn baik.. mummy korbankan seluruh jiwa dan hati dia utk jaga korang anak2 dgn baik.. semoga bahagia korang.. “
” Airmuka Shuib, Allah je yang tahu kerinduan dia pada Sarah.. Adeh meleleh air mata. walaupun dia jumpa ibu die dlm alam rahim je dan mungkin selepas dilahirkan dpt trngok kejap, dia tahu tu ibu.. “
” Kenapa air mata keluar laju je.. besar perjuangan arwah maknya.. smga Ayyash mmbsr jdi ank yg soleh,bjya dnia dan akhirat .. aamiin.. “
” Sedihnya tengok video ni .. tak sedar air mata keluar.. Ayash sebut ibu tu dah rasa sebak sangat sangat.. Shuib mula sedih.. “
” Aku nangis tengok riak wajah Shuib bila Ayash sebut ibu.. dia tau lah… ya Allah terus jatuh air mata saya… rasa sayu sangat-sangat.. “
Bukan hanya Shuib yang sebak tetapi warganet yang mendengar perbualan ini juga turut tersentuh. Sekarang Ayash hanya menyebut ibu dan tak mustahil sedikit masa sahaja lagi Ayash akan bertanyakan mengenai ibunya itu. Semoga apabila tiba hari itu nanti, Shuib diberi kekuatan untuk menerangkan kepada Ayash betapa mulianya ibu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok tashaaa914, ig Sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daripada situ lah dia start suka abang.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berbeza gambar tapi tidak dalam kenangan.. ” – Abdur Rahman
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen