Artis / Selebriti
” Mantap ar Chaan, boleh detect key.. ” – Netizen
Video Apa Yang Berlaku Di Bahagian Musician Ketika Part Elly Mazlein Menyanyi Lagu Menuju Puncak Keluar Dari Stage Kerana ‘Tersingkir’ Dari Big Stage. Wah Hebat Lah Chaan, Macam Tu Je Dia Detect Key. Tajam Betul Telinga, Power Lah !!
Elly Mazlein merupakan salah seorang pengacara yang sedang meningkat naik dan kini gelagatnya yang bersahaja dan kelakar membuatkan ramai yang terhibur sehingga ada yang mengaku menonton Big Stage 2023 hanya kerana pengacaranya sahaja.
Baru-baru ini, dalam konsert minggu ketujuh, Kak Lina telah melakukan satu sketsa di atas pentas bersama Rina Nose. Selepas kedua-duanya menunjukkan bakat menyanyi seperti yang dilakukan setiap minggu, juri konon-kononya membuat keputusan untuk menyingkirkan Kak Lina.
Meninjau akaun Instagram Pen Penn telah berkongsi video saat Band Leman yang diketuai oleh Chaan selaku pemuzik telah mencuba meneka key lagu Menuju Puncak yang dinyanyikan oleh Kak Lina saat ‘penyingkirannya’. Kelihatan pada awalnya, rakan-rakan Chaan seperti buntu untuk memainkan muzik kerana tidak tahu key sebenar.

Setelah Chaan meneka, Chaan telah meminta rakan-rakannya menggunakan key ‘F’ untuk lagu tersebut dan tekaannya itu benar. Umum mengetahui lagu Menuju Puncak iaitu lagu rancangan Akademi Fantasia adalah begitu sinonim dengan penyingkiran. Salah seorang rakan Chaan, memuji Chaan kerana dapat meneka key tersebut dengan betul.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada peminat memuji kehebatan Chaan meneka key lagu yang dinyanyikan oleh Kak Lina. Komen menarik adalah :
” Terbaik erk. Bedal pun jalan je.. Mantap ar Chaan, boleh detect key.. Memang padu betul.. “
Memang hebat, bukan senang menjadi pemuzik dan ini adalah salah satu cabaran mereka ketika mengendalikan rancangan secara live. Bukan calang-calang Chaan ini, malah sikap bersatu kumpulan ini juga harus dipuji kerana mereka dapat bekerjasama dengan baik.

Kak Lina punya penangan membuatkan ramai yang cuak di belakang pentas, sampai penyanyi latar pun boleh terlupa lirik dibuatnya. Apa-apa pun Big Stage pada musim ini memang menarik dan gempak, gandingan Kak Lina dan Rina membuatkan penonton tak kering gusi menonton rancangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG pennpenpenn, chaan_official, iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen

