Connect with us

Artis / Selebriti

” Mancung hidung dia, tak sabar nak tengok adik Lara.. ” – Netizen

Awal Ashaari Muatnaik Gambar 2D Scan Anak Keduanya, Part Hidung Baby Raih Perhatian Peminat. Wah, Memang Mancung Sungguh. Mesti Comel Macam Kakak Lara !!

Umum mengetahui bahawa kini pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka. Setelah usia anak sulung mereka, Lara Alana 6 tahun, barulah mereka dikurniakan rezeki untuk menimang anak kedua.

Kini usia kandungan Scha sudah mencecah 6 bulan  dan dijangka akan melahirkan pada tahun hadapan. Pasangan ini sememangnya sudah lama merancang untuk menambah cahaya mata tambahan pula Lara juga sangat menginginkan seorang adik.

Meninjau ke akaun Instagram Awal, dia telah memuatnaik gambar 2D scan anak keduanya itu. Menurut Awal, anaknya ini masih menyor0k wajahnya daripada mereka namun hidung si kecil jelas kelihatan. Wah, nampak mancung hidungnya tu !

Awal masih merahsiakan jantin4 anak kedua mereka itu dan jika dikurniakan seorang bayi lelaki pastinya menyeronokkan kerana lengkap sudah sepasang cahaya mata. Apa yang penting bayi yang dikandung sihat tanpa sebarang masalah.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan ramai bersetuju hidung si kecil seperti hidung Awal. Antara komen-komen yang diberikan :

” Tahniah.. semoga dimudahkan urusan..seronok tengok happy family ni.. tak sabar nak tengok adik lara . Hidung ddy.. Mcm ddy je.. “

” Hidung daddy lar. Alalala Tak sabar nye nak tgk adik lara. Semoga mami & baby sihat,dipermudahkan segala prosesnya…. tumbesaran, kesihatan dan seterusnya… aaminnn.. “

” Tak sabar nk tgk anak Sha n awal.. plssss beran4k bnyk2 lgiii lepas niii we love both of u. Hidung daddy. Alhamdulillah. tahniah kak scha dan abg awal.. “

” Ofkos lh hidung mommy, takapa jnji baby n mommy siht. Tak nampaknpon perot mommy. Anyway, semoga baby and mommy sihat.. “

” Muka mcm lara ni.. Alhamdullillah, semoga Allah sentiasa lingdungi,dan memberi kekuatan dan kesihatan kepada kedua ibu dan baby.. Aamiin aamiin ya rabbil alamiin.. “

” Mancung hidung dia… hidung daddy. M4lu2 lagi.. Nak surprise la tu.. Utk akak ya.  Alaa tak sabar nak tengok adik lara. Uihhhhh mancung boekkkkk… “

” Alhamdulillah..tahniah semoga mummy n baby slmt. Alahai tk sabar tgk adik lara ni. Alhamdulillah.. yg penting sihat walafiat.. “

Pastinya pasangan ini tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata kali ini. Semoga dipermudahkan segala urusan buat Awal dan Scha sehingga ke saat kelahiran. Semoga Scha sentiasa sihat sepanjang tempoh mengandung dan segalanya selamat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT