Artis / Selebriti
” Macam tu je Fattah kena bahan dengan Jakelina. Depan-depan erk Jakelina bagi, haha.. ” – Komen Netizen
Video Kak Lina Pom Pom mengusik Fattah Amin gara-gara tersasul memanggil Amira Othman ‘Yang’ buat warganet terhibur. Haa sampai tak terjawab Fattah dengan soalan padu Kak Lina bagi tu. Last tu tak sangka Fattah jawab macam tu. Pecah perut semua gelak, lawak betul..
Gara-gara tersasul memanggil Amira Othman dengan panggilan ‘ Yang ‘, Fattah Amin menjadi bahan usikan rakan-rakan duta Jakel. Siapa lagi yang suka menyakat Fattah jika tidak Kak Lina Pom Pom. Ada sahaja idea Kak Lina untuk mengusik pasangan sweet couple yang heboh diperkatakan ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jakel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina bersama Amira dan Fattah. Kak Lina yang menggelarkan dirinya sebagai Jakelina menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Wali Band berjudul ‘Yank’.
Amira sedikit lambat menangkap yang Kak Lina sedang menyakat Fattah dengan panggilan ‘yang’ itu. Fattah pula masih mampu menahan malunya dan menjawab sapaan Kak Lina dengan gaya machonya. Tanya Kak Lina, ‘yang’ itu untuk Amira ke Jakelina.

Fattah mengatakan ianya untuk sesiapa sahaja, yang cantik atau yang handsome. Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Kak Lina menyuruh Fattah memilih sama ada Kak Lina atau pun Amira. Tak sangka jawapan akhir Fattah seperti itu, tergelak besar Kak Lina dengan gelagat Fattah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@jakel.os Betul ke ceritanya YANG😌 Chuollsss rasa? #JakelMendonia #JakelRayaMendonia #RayaMendoniaBersamaJakel #IngatRayaIngatJakel #BajuRaya2025 #SemarakRayaJakelMendonia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Fattah mesti aku geram betul dengan Jakelina ni hahha.. Habis la Fattah. Mmg asyik kena usik je la ngan Jakelina.. “
” Laju eh jakelina buat kerja… mmg on top… mantap… kak ya plak yg blur…. Lambat nau sampai kat dia.. “
” Mantap jakelina jadi president netizen. Abglong & kaklong sekarang ni memang kena jaga2 nak cakap apa-apa. Semuanya boleh jadi headline berita. Lagi2 sejak ada “newspaper” jakelina.. “
” Malu Fattah kena perli dengan kak Jakelina.. go kak lina pompom.. mekasih Jakelina.. tolong kami kenakan Abg Long & Kak Long.. “
” Macam tu je Fattah kena bahan dengan Jakelina. Fattah lak boleh masuk air jugak melayan Jakelina.. Tak kering gusi kalau Jakelina ada.. “
” Tak boleh duduk diam Fattah, kaw kaw kena bahan dengan geng Jakel haha.. Jakelina sangat up to date.. depan depan erk Jakelina bagi haha.. “
” Haha kantoi panggil sayang depan kak kepom la tu haha.. Jakelina memang mantap.. Fattah dah tahu nak jawab apa terus majuk.. masuk air lah Fattah.. “
Tak dapat lari Fattah daripada usikan apabila Jakelina yang mulakan. Habis jawapan untuk Fattah berikan kepada Kak Lina, akhirnya Fattah ‘majuk’ macam tu sahaja. Lawak lah Fattah, makin lama berkerja dengan Kak Lina, semakin kelakar jadinya. Apa-apa pun, ‘yang’ itu memang untuk Amira Othman, betul tak semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jakel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

