Artis / Selebriti
” Macam movie Hum Saath Saath Hai dah cara depa honeymoon ni, angkut habis adik-beradik depa satu bas.. ” – Netizen
Video Syafiqa Melvin Pergi Honeymoon Bawa Sekali Family Adik-Beradiknya Yang Lain Raih Perhatian Warganet. Wah Satu Bas Geng Melvins Join, Siap Menyanyi Lagu Selamat Pengantin Baru. Riuh Satu Bas Dibuatnya, Haha !!
Beberapa hari lalu kakak sulung kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Azhar Othman. Untuk rekod, perkahwinan ini adalah kali kedua buat Syafiqa setelah beberapa tahun lalu suaminya yang terdahulu pergi menemui Ilahi.
Meninjau di akaun Tiktok telah dikongsikan video yang memaparkan Syafiqa dan Azhar pergi honeymoon. Namun apa yang menarik percutian mereka berdua adalah kesemua adik-beradik Syafiqa dan ahli keluarga mereka turut ikut serta bersama dan mereka menaiki sebuah bas.
Menerusi video pertama, kelihatan Syatilla merakamkan gelagat anak-anak dan anak-anak saudaranya yang lain begitu teruja menaiki bas. Selain itu, telatah pengantin baru juga turut dirakam. Menerusi video kedua pula, kedengaran suara wanita menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru kepada Syafiqa dan Azhar.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan honeymoon Syafiqa ini sudah seperti movie Bollywood iaitu Hum Saath Saath Hai yang mana jalan ceritanya memaparkan abang sulung pergi honeymoon membawa kesemua adik-beradiknya juga.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@samtillakelate Wah! Meriah ni honeymoon Kak Long. Bukan gi dengan husband je tau tapi 1 bas ikut 😅 #syatillamelvin #themelvins #tripkehatyai #perfumesamtilla #awakwangisayasuka #samtillakelate @Mahizan | Produk Islamik Nak grab Perfume Samtilla grab di beg kuning video ni 👇 @Samtilla Kelate
@themelvin.s comel je diaorang 🤍 #fyp #syafiqamelvin #kaklong #pengatinbaru
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jumpa the melvins kt lee garden td.. Takdan nk keloi.. Rombongan depa takpisah, penuh anak beranak… Meriah tengok, hahaha.. “
” Memang betul2 meriah macam ni, hahaha happy tengok keakraban adik beradik mereka.. Tintong2 pun memang best tengok, hahaa.. “
” Ni bukan honeymoon,ni org panggei family day dh ni, hahahaaha.. Mohon bertabah lah Abang Azhar dapat adik2 ipaq kaki menyakat.. “
” Mcm movie hindustan Hum Saath Saath Hai dah cara depa honeymoon ni, angkut habis adik beradik depa satu bas, hahahaa.. “
” Bestnya tengok.. Kalau macam ni lah gayanya meriah weh.. Suka lah, hahaha.. Selamat pengantin baru kak long, smga bahagia selamanya.. “
” Ni bukan haneymoon ni rombongan cik kiah ni dah namanya.. Hahahahaa.. Comel tengok pengantin baru malu2 kena sakat.. “
” Hahahahaha satu bas terus pergi honeymoon.. Mcam ni baru lah best, tak lah bosan sangat kalau berdua.. Betul tak.. Hehehe.. “
Riuh rendah suasana di dalam bas, memang terbaik lah pengantin baru ni. Jarang-jarang pengantin pergi honeymoon bawa segerombolan sekali. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat Syafiqa dan pasangan. Semoga kalian terus bahagia bersama hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok samtillakelate, themelvin.s
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



