Connect with us

Artis / Selebriti

” Macam ketua murid iring Pengetua sekolah.. ” – Netizen

Video Fazura Ketika Hadir Ke Konsert Melly Goeslaw Raih Perhatian Ramai. Comel Betul Faz Pakai Baju Sekolah. Part Ketika Bertemu Permaisuri Agong Dan Tengku Permaisuri Norashikin Tu Nampak Masing-Masing Sporting Habis !!

Dua hari lepas telah berlangsungnya konsert penyanyi terkenal Indonesia iaitu melly Goeslaw di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ramai selebriti yang hadir di konsert tersebut termasuklah Fazura.

Meninjau ke akaun Instagram, Fazura telah memuatnaik sebuah video ketika Fazura berada di konsert tersebut bertemu dengan rakan-rakan selebriti yang lain. Fazura turut bertemu dengan Permaisuri Agong dan juga Tengku Permaisuri Norashikin.

Mengikut tema kembali ke sekolah, masing-masing tampil dengan memakai uniform sekolah termasuklah Tengku Permaisuri Norashikin. Mereka kemudian berarak masuk ke dewan bersama-sama dan nampak seperti para pelajar mengiringi pengetua pula.

Perkongsian ini telah menerima lebih 89 ribu tanda suka daripada netizen buat masa ini. Ramai memuji penampilan Fazura yang nampak awet muda apabila memakai uniform sekolah. Nampak seperti pelajar tingkatan 5 sahaja.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Paling best dapat pel0k Melly untung Faz .. bertuah betol.. Bila Faz jumpa kawan then pel0k2 tu serious mcm zaman2 skolah lepas cuti skolah yg pjg.. “

” Ramai budak2 p0nteng sekolah ye. Semua geng geng fly ni, comelnya semua… queen norashikin pun sporting pakai baju sekolah.. “

” Patutla semalam aku gi Aquaria KLCC nampak ramai budak pakai baju sekolah. Aku pelik sebab nampak macam mak org budak2 sekolah tu. Lah rupanya ni ke .. “

” Minat betul tgok fazura ni, dhla cantikkk manis jee muka diaa.. Faz jalan sebelah DYMM Permaisuri Agong dah macam Ketua Murid dengan Pengetua Sekolah .. “

” MasyaAllah kak Faz you still look like early 20s .. Faz mcm iring Tuanku.. mcm Ketua Murid iring Pengetua sekolah.. “

” Brapa puluh kali re-play sbb suka sgt tgk.. Queen syikin gojes sgt bdk sek yg baik2 beauty with brain, faz kiut comel ketua kelas ala2 kakyong kwsn & spb queen azizah madam principal tegas.. “

” Malam yang sgt best dan bertuah buat Faz dapat bermesra bersama2 DYMM berdua.. kita yg tengok pun rasa seronok.. masha Allah .. “

Nampak comel masing-masing apabila menyarungkan uniform sekolah. Automatik masing-masing nampak seperti pelajar sekolah. Seronok juga apabila kembali merasai zaman persekolahan yang sudah lama dit1nggalkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT