Artis / Selebriti
” Macam dalam kaset, tak berubah suaranya. Dah tua pun suara maintain.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Rahmat Ekamatra di pentas Gegar Vaganza 12 menyanyikan lagu Pusara Di Lebuhraya raih pujian ramai. Fuh suara telan kaset, maintain je suara Rahmat. Macam dengar radio zaman 90an je..
Program realiti TV, Gegar Vaganza 12 kini kembali lagi mewarnai kaca TV. Bersiaran setiap hari Ahad di saluran Astro Ria pada jam 9 malam, GV12 kali ini membawakan ramai bintang-bintang era 80an sehingga 2000an. 13 orang peserta akan berjuang untuk menempatkan diri mereka ke peringkat akhir.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan salah seorang pesertanya iaitu Rahmat Ekamatra. Untuk minggu pertama ini, Rahmat membawakan salah satu lagu hitsnya iaitu Pusara Di Lebuhraya.
Alunan suara Rahmat begitu lunak dan merdu sekalipun sudah lama tidak muncul di kaca TV. Ramai yang memberikan pujian dan mengatakan suara Rahmat seperti telan kaset kerana ianya sama seperti dahulu. Rahmat juga nampak tenang dan steady sepanjang persembahannya itu.

Bagi yang membesar di era 90an, lagu Ekamatra sememangnya antara lagu yang menjadi siulan. Malah sehingga kini juga lagu Ekamatra masih dapat didengarkan di corong-corong radio. Persembahan Rahmat pada minggu ini meraih tempat keempat dengan markah 62 peratus.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Macam dalam kaset, tak berubah suaranya. dah tua pun suara maintain.. Lagu yg aku sllu igt klu blk kg lalu hiway.. “
” Lagu lejen lagi, teringat masa kolej dulu.. Lain nampak Rahmat ni, suara sama. suara masih padu, telan keset betul Rahmat Ekamatra ni.. “
” Suara kaset, suara sama je macam dulu.. Lagu legend ni siapa yang tak tahu.. Minggu depan lagu siapa di hatimu. Lagi padu.. “
” Paling cool. Betul kata Ramli Ms, Rahmat paling steady.. bila pejam mata… suara dia mcm tgh dengar radio zmn 90an… terbaik.. “
” Perghh mcm dulu-dulu, dulu suka dulu.. Rahmat ada suara unik…sama jgk macam arwah mael…x semua org leh tiru suara dia.. “
” Ya Allah syahdu suara nya dari dahulu suara masih sama.. merdunya tu macam telan kaset.. legend suara tak berubah langsung.. “
” Macam time travel oo, macam berada di zaman 90an bila dengar rahmat nyanyi. suara tu sebijik sama.. another suara kaset, tak berubah suara dia. Legend.. “
Suara Rahmat yang mendayu-dayu itu memukau penonton baik di auditorium mahu pun di rumah. Suara legend yang tak berubah sekali pun sudah berpuluh tahun berlalu. Tugasan minggu hadapan Rahmat akan membawakan lagu berhantunya Siapa Di Hatimu, tentu sekali lagi mengimbau kenangan lama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

