Connect with us

Artis / Selebriti

” Lukis kat muka takpe, jangan lukis kat dinding. Bijak Rina.. ” – Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Rina Menconteng Wajahnya Buat Ramai Terhibur. Sekali Wajah Omma Pun Jadi Mangsa, Redha Je Lah Maryam. Part Rina Lukis Misai Tu Sebijik Macam Muka Ryzal, Haha !!

Meninjau ke akaun Instagram Maryam Yiu Narae, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Rina menconteng wajahnya dengan warna air telah membuatkan ramai terhibur. Maryam juga dilihat sangat tenang apabila Rina menconteng wajah.

Bukan sahaja wajahnya sendiri diconteng, Rina juga turut menconteng wajah Omma. Nampak seronok betul Rina melakukan aktiviti tersebut. Maklumlah kanak-kanak seusia Rina ini sememangnya gemar menconteng. Tetapi Rina lebih bijak kerana menconteng wajahnya bukan pada dinding.

Klik gambar untuk info..

Apabila Rina melihat wajahnya sendiri di hadapan kamera, reaksi Rina agak malu-malu. Eh, geram betul dengan Rina ni. Part Rina melukis misai pada wajahnya, wajah Rina terus bertukar seperti wajah bapanya, Nik Muhammad Ryzal. Alahai comel sangat Rina.

Perkongsian ini telah menerima lebih 42 ribu tanda suka daripada waganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kapsyen Maryam juga amat menghiburkan dan ada yang menyatakan Maryam sudah pandai membuat lawak dalam bahasa Melayu.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk video seterusnya.. )

Perkongsian video ini telah menerima pelbagai respon daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Maryam muke kene conteng pon lawa.. Hahahah Rina dapat childhood memory yang precious! Sebab mak sporting .. “

” Rinaaaa..lukis apo tuuu kat mok mu…Mariam lukisan Rina terbaikkk… art berat dari rina.. boleh jadi trend makeup tahun 2024.. “

” Ini baru dipanggil make-up artist, artwork mahal ni.. Cantiknya art Rina lukis kat muka mommy.. Yeeepoooo hahaha ya Allah omeeeiii sgt.. “

” Wehh lawak!! Caption maryam skrg betul2 mcm orang Melayu eh.. Maryam dah bleh masuk PLKN.. Β gambar terakhir terus kemurungan mak nya..hahaha.. “

” Jimat tak yah beli kertas.. Rina lukis misai terus jd muka ryzal .. My 5y/o daughter ckp msa tgk muka maryam, dia ckp.. bendera palstine.. “

” Kalau time aku kecil dulu, jangankan lukis muka mamak ku begitu, tangan penuh dengan warna pun sudah dikasih pisah kepala sama badan ku. rina dapat masa kecil yg semua orang mau.. “

” Hahahahaha.. baby rina dah mcm meow.. omma dah macam askar.. ingatkan filter tadi.. Redha Lukis kt muka takpe, jgn lukis kt dinding. Bijakkk rina.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai, Omma pun redha sahaja apa yang dilakukan oleh si anak pada wajahnya. Nampak cantik juga contengan Rina ini. Nampak seperti satu teknik solekan sahaja. Boleh jadi makeup artist juga Rina ni. Omma tetap nampak cantik walaupun berwajah comot.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryamyurr

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT