Artis / Selebriti
” Luahan hati mama Abby yang buat kita nangis baca.. ” – Netizen

Perkongsian Abby Abadi Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Sulungnya, Danish Hakim Yang Ke 21 Tahun Buat Ramai Tersentuh. Sedihnya Baca Kapsyen Abby, Pesanan Seorang Ibu !!
Abby Abadi adalah seorang wanita dan ibu yang kuat. Ketabahan Abby menghadapi pelbagai dugaan dari dulu sehingga sekarang selalu membuatkan warganet kagum. Hidup Abby adalah segala-galanya untuk suami dan anak-anaknya.
Meninjau akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Abby bersama suami dan anak-anak menyambut ulangtahun kelahiran Danish Hakim. Sambutan yang simple sahaja tetapi cukup bermakna untuk anak muda ini. Kapsyen Abby juga agak panjang coretannya kali ini.
Luahan hati dan harapan Abby untuk Danish diungkapkan dalam kapsyen tersebut. Kata Abby, hanya doa dan usaha yang dapat diberikan untuk Danish. Syukur kehadiran Abah Jai sejak 9 tahun lalu banyak membantu Abby untuk memberikan keselesaan hidup untuk anak-anak.
Abby turut menitipkan pesanannya agar Danish sentiasa menjaga solat dan tidak leka dengan hiburan dunia. Sayang Abby pada Danish dunia akhirat dan tidak akan pernah berkurang. Biarlah Danish tidak nampak segala kesusahan Abby dan kekecewaannya asalkan Danish sentiasa merasa bahagia dan disayangi. Sayu membaca ayat-ayat Abby itu.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Abby ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :ggg
” Happy birthday abg danishhakimofficial auntie azza doa abg dpt jaga mama k .. mama buat semua untuk ank ank .. mama abg x pnh tunjuk penat sedih demi kesempurnaan ank ank .. jaga mama ok .. bahagiakan mama tau.. ” – Azza Elite
” Btw salute kt suami abby yg sempoi je but supportive.. u are great person Abah Jai. Semoga sehidup semati bersama Abby.. ”
” Semoga Abby mendapat ganjaran syurga dengan kesabaran dlm ujian. Luahan hati mama yang buat kita hangis baca.. ”
” Happy birthday Abg Danish.. beruntung dpt Mama yg xpernah lupa celebrate bday stiap anak2 dari kecik smpai laaa besar.. semoga abg danish jadi anak yg membanggakan keluarga.. Jaga Mama n adik2 okayy.. ”
” Kasihanilah ibu kandung korang. dari korang kecik sampai sekarang berjuang utk besarkan korang. jgn sesekali menderhaka dengan ibu yang dh berjuang membesarkan korang.. ”
” Have a blessed Birthday Danish. Ingat pesan mama selalu ok. xtahu knp sy sdih.. sy suka tgk keakraban kluarga bsr kak abby yg dulu.. kini dh smakin jauh dsbbkn bbrp prkara, ya Allah smoga yg baik2 shjala buat kluarga ini.. aaaminnn.. ”
” it”s real family masa Abby susah dahulu ditinggalkan oleh suami terdahulu dgn anak2 kecil 3 orang Besar pengorbanan seorang bernama IBU now jaga hati ibu baik2 & menjadi anak yg soleh salnah hewah Danish.. ”
Besar harapan Abby terhadap Danish dan ramai yang mendoakan agar Danish menjadi anak yang soleh serta selalu menjaga mamanya ini. Pengorbanan seorang ibu yang tidak akan dapat seorang anak membayarnya dengan wang ringgit. Semoga yang baik-baik untuk Abby sekeluarga dan dirahmati Allah selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira