Artis / Selebriti
” Lawanya beza, cantik, curlass, elegant, eh semua lah cukup.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Majlis Akad Nikah Ayda Jebat Dan Nabil Mahir. Alahai Manisnya Pengantin Baru Ni, Nampak Lain Sentuhan Makeup Ayda Kali Ni. Naik Seri Sangat !!
Setelah berbulan-bulan mengik4t tali pertunangan, akh1rnya tarikh yang dipersetujui untuk merpati dua sejoli ini disatukan sebagai suami isteri yang sah tiba jua. Bulan lalu, pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun mengumumkan secara rasmi tarikh pernikahan mereka iaitu pada 1 Januari 2021.
Baru sahaja tadi, telah berlangsungnya majlis akad nikah Ayda dan Nabil. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Ayda sah menjadi isteri kepada Nabil. Kedua-dua mempelai anggun dan kacak dalam busana pengantin berwarna putih. Ayda yang juga mengenakan hijab tampak jelita sekali.
Untuk majlis bersejarahnya ini, Ayda telah memilih jurumekap terkenal, Dato’ Alha Alfa untuk menatarias wajahnya. Nyata sentuhan ajaib Alha tidak mengecew4kan dan permintaan Ayda untuk nampak berbeza daripada kebiasaan berjaya dihasilkan Alha.

Dihadiri sanak saudara dan sahabat handai terdekat, majlis Ayda dan Nabil ini berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Majlis yang sederhana namun mengikut SOP dan norma baharu yang diwar-warkan oleh pihak berwajib.
Meninjau akaun Instagram Alha Alfa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wajah Ayda ketika disolek oleh Alha. Berseri-seri dan nampak bertambah manisnya, wajah Ayda tetap kelihatan gemuruhnya. Semuanya nampak sempurna bermula dari busana hingga ke solekan Ayda.
Jom tonton video di bawah :
Video ketika ijab qabul Ayda dilangsungkan yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, pengasas Anas Cosmetiks, Anas Zahrin. Alhamdulillah, selamat bergelar suami isteri yang sah.
Tinjauan kami di Instagram Harian Metro juga telah dikongsikan video ketika majlis bergambar setelah selesai akad nikah. Kelihatan pelakon dan produser terkenal dan juga ibu angkat Ayda, Sheila Rusly memel0k erat Ayda sambil menang1s. Airmata gembira melihat anak kesayangannya ini selamat bergelar isteri.
Perkongsian ini mendapat berbagai respon daripada peminat. Ramai yang memuji wajah Ayda dan tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas majlisnya ini. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah Ayda dan Nabil. Semoga kekal hingga ke jannah dan berbahagia selalu. aminn.. Harap if kontr0versi or dug4an yang mendatang, boleh ditempohi dengan baik untuk kedua-dua pengantin baru.. “
” Alhamdulillah. Selamat membina Masjid yg kukuh dan harmoni selamanya. Semoga perkahwinan ni memberi seribu satu ikatan yang kukuh sampai ke jannah. .. “
” Tahniah Ayda, we love you baby. alhamdulillah semoga kekal hingga jannah yee nabil dan ayda.. “
” Well done dato. Sumpah lawa gil4. Lawanya Bezaaa cantik curlass elegant eh semua lah cukup.. macam patung tengok Ayda.. “
” Cantik dato mekap, tak tebal dan tak ubah wajah asal. Simple je mekap, Tahniah dato, saya suka tgk dato mekap artis2.. “
” Cantiknya berseri-seri macam barbie. Ni baru pengantin sehari, nampak lain sangat muka.. Tapi tak ubah wajah asal.. terbaik lah.. “
” Cantiknya nmpk prubahan nya. tahniah ayda jebat, semoga kekal smpai syurga dan selamat melayari alam rumahtangga.. “
Alhamdulillah, bersatu sudah sweet couple ini dan Ayda Nabil membuka tirai 2021 dengan majlis mereka ini. Selamat pengantin baru diucapkan untuk Ayda dan Nabil. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alha Alfa, IG Anas Zahrin, IG Myhmrap
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

