Artis / Selebriti
” Lawak tengok muka Kak Ninie tahan sabar tengok anak ambil telefon, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha Yang Tidak Mahu Memulangkan Semula Telefon Ibunya Buat Ramai Terhibur. Amboi Khawla, Kecik Besar, Kecik Besar Je Ibu Tengok Khawla Tu. Jangan Sampai Ibu Jadi Singa, Hehe !!
Telatah anak pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel, Nur Khawla Soleha sering menjadi perhatian warganet. Meskipun baru berusia 2 tahun lebih, Khawla merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan petah bercakap. Apa sahaja perkongsian mengenai gelagat Khawla pasti akan membuatkan ramai terhibur.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik di laman media sosial TikTok milik secretlover.ez yang memaparkan gelagat Khawla ketika berada di sebuah restoran bersama kedua ibu bapanya. Menerusi video itu, kelihatan Khawla tidak mahu memberikan kembali telefon Ernie yang diambilnya.
Meskipun beberapa kali Ernie meminta dengan nada yang lembut, Khawla tetap tidak mahu memberikan telefon tersebut. Bahkan Ernie juga meminta tolong kepada Syamel agar memujuk Khawla. Selepas itu, Syamel mula memanggil nama penuh Khawla, namun Khawla hanya memberikan senyuman kepada Syamel.

Tidak mahu Khawla merajuk, Syamel memberitahu kepada Khawla yang dia tidak marah Khawla mengambil telefon ibunya itu. Sekali lagi, perkongsian video ini menarik perhatian warganet dan sehingga kini video tersebut telah meraih jumlah tontonan lebih 470 ribu dan 24.9 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@secretlover.ez Lala nak buat ig story ke tu?😂 #fypシ #erniezakri #syamel #nurkhawlasoleha #syamelernie #longervideos
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Khawla dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Semoga dapat mengekalkan frekuensi suara tu walaupun anak dah 3.. Lawak tengok muka Kak Ninie tahan sabar tengok anak ambil telefon, haha.. “
” Khawla, ibu tu tengok kau kecik besar, kecik besar jer.. Bagi balik lah telefon tu, haha.. Bertuah betul lah budak comel ni, kering je dia buat perangai.. “
” Hahaha daddy pun mcm tak nak cari masalah.. Nanti Khawla merajuk susah pula jadinya kan.. Geram betul tengok Khawla, comel.. “
” Sabor jelah Ernie yer, hahaha.. Minta tolong daddy pun tak nak tolong.. Budak2 kalau dah dapat telefon, kirim salam lah nk boleh dapat balik, hihi.. “
” Cuba bayangkan kalau mak dia naikkan C6 agak² majok tak si lala ni, hahahaa.. Kak Ninie tengah menahan geram dan bersabar tu, hahahaha.. “
” Lembutnya first2 Nini mntk HP dgn Lala, tp bila daddy dia mntk dgn nama penuh blh dia tersengeh2 mcm tu je yer, gerammmm betul tengok dia senyum.. “
” Habis lah dapat benda tu, hahaha dia cari ig uncle Aziz la tu.. First time tengok muka Ninie marahhhh… Kita pula tacodddddd, huhu.. “
Amboi Khawla boleh pula senyum-senyum apabila daddy panggil. Kecil besar, kecil besar sahaja ibu tengok Khawla, hehe. Selain itu, ada peminat terhibur melihat reaksi Ernie seolah seperti sedang menahan geram melihat gelagat Khawla yang tidak mahu melepaskan telefonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok secretlover.ez, IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

