Connect with us

Artis / Selebriti

“ Lawak la, masa live boleh pulak dia tertidur.. “ – Netizen

PU Azman Kongsi Gambar Tertidur Ketika Live Di Instagram Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Lena Lagi Cik Man Tidur. Bukan Sekejap, Setengah Jam Tu. Member Telefon Pun Tak Sedar, Lawak Lah Cik Man !! 

Siapa yang tidak kenal dengan penceramah bebas PU Azman. Bukan sahaja boleh berceramah, malah PU Azman juga turut menceburi bidang lakonan. Sering kali menjawab soalan-soalan agama yang diajukan dengan caranya yang menghiburkan membuatkan Cik Man disenangi ramai. Jawapan balasnya berkaitan agama juga mudah difahami.

Terbaru, meninjau di ruangan Instagram PU Azman atau mesra dengan panggilan Cik Man, satu gambar telah dimuatnaik yang memaparkan dirinya yang sedang tidur. Gambar itu diambil ketika Cik Man sedang membuat live dengan pengikutnya di Instagram. Tengok gambar PU Azman tertidur ketika live pun sudah menghiburkan.

Apa yang menarik perhatian, Cik Man bukan sahaja tertidur dalam tempoh masa yang sekejap tetapi telah mengambil masa setengah jam untuk sedar semula ketika live di Instagram. Alahai Cik Man live sambil baring boleh tertidur dibuatnya. Gigih nampaknya usaha Cik Man nak menjawab pertanyaan daripada netizen.

Tulis Cik Man di ruangan Instagramnya iaitu “setakat yang couple video call sampai tertidur boleh pergi ke belakang, meh belajar dengan aku” juga menghiburkan netizdn. Nasib baik Cik Man tertidur tanpa berdengkur. Alahai, Cik Man tak perlukan kontr0versi, cukup dengan tertidur di live Instagram, sudah boleh viral di media sosial.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian gambar Cik Man ini mencuit hati ramai. Malah ada rakan selebriti yang turut terhibur dengan gelagat Cik Man yang tertidur ketika live. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Epik sgt nih.. ”  – Elizad Sharifuddin

” Buat hall lahh cik man ni.. ” – Feeya Iskandar

” Saya dh hbis kira smua misai cikman.. sapa berminat nk tau pm tepi.. Ingat Lee Dong Wook tertidur tadi hahaha.. uishh cikman pun pandai ea temankan fans tidur.. “

” Takat kapel vc smp tetido boleh dok belakang lah.. bagi cikman kedepan.. dia lagi advance.. 445 yg views mimpi apa2 tak smlm.. dan nyanyi lagu irama terhangat.. “

” Gigih la usaha cik man nk memastikan soalan netzien dpt dijawab smpi tertidur.. semoga Allah permudahkan urusan cik man dan sentiasa dlm lindungan-Nya Aamiin.. “

” Pengalaman Aku Dengan Pu Azman ni Ust memang macam ni suka tidur secara tiba2 lawak.. hahahha.. klau b’dengkur nasib la yer mujur sopan je.. “

” Nasib baik tak kluar peta cik man.. dan h4ntu kej0tkan.. Lawak laa live boleh pulk dia trtdo.. sempoi cikman.. ya Allah CikMan kes1an pulak lena terus dibuai mimpi Tu hahhaah.. “

” Cik Man nak law4n video yg orang tu tak buat apa2 pun tp view dia tinggi tu ke.. aduh tk sempat tgk live.. tido pun kami terhibur.. cikman pun da pndai live tido eh.. “

” Hahah ustaz klau tak buat lawak tak sah.. Lps ni jgn live tgh bring ustaz.. Bhye.. ahaha nasib ada yg ket0k pintu.. Nasib baik tak terkeluar air liur basi.. tepesona.. aku terpesona hahaha.. “

” Nasib blm kawin klaau tk ngn bini pun ada dlm live join.. Allahu lena betul ustaz.. Kenapa time kejadian yg best2 ni aku terlepas.. Live of the year ni.. ustaz dah kena nikah dah tu.. bagi isteri kej0t plak.. “

Apa-apa pun Cik Man memang steady and sempoi. Tidur pun masih nak bertemankan netizen. Bukan itu sahaja live Cik Man tidur pun dapat 445 tontonan ketika gambar ini dirakamkan. Lawak la Cik Man, tak pernah tak kelakar. Apa-apa pun semoga Cik Man sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG puazmanofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT