Connect with us

Artis / Selebriti

” Lain macam tudung 2020 ni.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Lama Bersama Syamel, Penampilan Ernie Zakri Cur1 Perhatian Peminat. Namun Syamel Pula Yang Dapat Pujian. Eh Dah Kenapa Ni !!

Syamel dan Ernie Zakri bukanlah nama asing lagi dalam industri muzik tempatan. Gandingan mantap dua vokalis ini pernah melayakkan mereka berdua menyandang gelaran ‘Vokal Terbaik’ di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) yang lalu. Semenjak kemenangan itu, mereka berdua sering digandingkan bersama dan setiap kolaborasi mereka.

Sebut sahaja nama penyanyi Ernie Zakrie besama Syamel, sudah pasti ramai yang beranggapan mereka ini menjalinkan hubungan cinta. Manakan tidak,  dilihat mereka sentiasa bersama dan berkongsi gambar di laman media sosial turut menguatkan lagi bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Namun, hingga kini kisah antara mereka berdua tidak mendapat kepastian meskipun kedua-dua mereka menafikan bahawa mereka bukanlah pasangan kekasih dan hanya merupakan sahabat baik. Bak kata orang tua-tua dahulu, kalau dah jodoh, tak kan ke mana, kadang-kadang yang berada di depan mata itu lah sebenarnya jodoh kita.

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Ernie telah berkongsi satu gambar lalu bersama penyanyi Syamel yang menggayakan pakaian sempena hari raya tahun lalu. Namun sudah kita ketahui, Ernie kini telah mengenakan hijab dan gambar tersebut telah diedit oleh Syamel untuk menutup aurat Ernie.

Ikuti perkongsian Ernie di bawah :

Hasil perkongsian gambar tersebut, ramai memuji Syamel yang menghormati penampilan Ernie. Antara komen-komen daripada netizen itu adalah :

” Bagus bangMel hormat.. ”

” Wahhhh .  Amiin semoga terus beristiqamah.. “

” Bagus bang Mel.. Cantik jugak tudung cmtu.. “

” Alhamdulillah , Tu sbb bangmel respect aurat seorang wanita , proud of bangmel , semoga jadi contoh buat para lelaki diluar sana, seeloknya jaga aurat sesama kita.. “

” Bangmel buat ape pun mesti kak ninie suke.. “

” Shoo cute bangmel terhadap kakninie.. “

” Lain macam tudung 2020 ni.. “

Alhamdulillah.. Bagus Syamel, memang terbaik apa yang Syamel lakukan kerana menghormati penampilan Ernie yang kini telah menutup aurat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Ernie sentiasa terus beristiqamah mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna. Semoga Syamel dan Ernie sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ernie Zakri, Syamel by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT