Artis / Selebriti
” Kemain Tuah senyum lebar jumpa aunty-aunty cantik ni.. ” – Ezza Yusof
Video Gelagat Anak Remy Ishak, Tuah Alam Ketika Bertemu Dengan ‘Aunty-Aunty Cantik ‘. Amboi Muka Tuah, Bukan Main Happy Yer. Biasa Tengok Jarang Senyum. Yang Ni Senyum Tak Berhenti Dibuatnya, Comel Sangat !!
Beberapa bulan lalu, pelakon Remy Ishak telah bergelar seorang bapa selepas isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. Perkongsian berita gembira tersebut dikongsikan oleh Remy di akaun Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran putera sulungnya itu.
Namun pasangan ini mengambil masa untuk tidak berkongsi wajah anak mereka sehingga lah pada bulan lalu Remy dan Ezza memuatnaik gambar pertama anak mereka buat tontonan umum. Memilih nama Tuah Alam, ramai yang mengatakan wajah Tuah saling tak tumpah seperti Ezza.
Meninjau di akaun TikTok Ezzarose telah dikongsikan satu video memaparkan gelagat Tuah ketika bertemu dengan dua orang wanita. Menerusi video tersebut, kelihatan Tuah sedang duduk di atas riba Ezza dan bermain dengan aunty-aunty cantik itu.
Di ruangan kapsyen ditulis mengatakan yang Tuah begitu gembira dan tersenyum lebar apabila dapat bertemu dengan aunty-aunty cantik ini . Sehingga kini, video yang baru dimuatnaik ini telah ditonton puluhan ribu tontonan dan menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
(Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@roseezza Kemain Tuah Senyum lebar jumpa Aunty Aunty cantik ni ππ. Next week dah 5months anak Bonda . #tuahalam #remyishak #remyezza
Alahai senyum tak berhenti yer Tuah tengok aunty aunty tu. Sekejap betul masa berlalu, pada bulan hadapan Tuah bakal memasuki usia 5 bulan. Ramai yang mengatakan senyuman Tuah begitu manis seperti ibu dan bapanya. Sekali Tuah senyum, pasti ramai yang cair melihatnya.
Tak jemu menonton video perkembangan anak sulung Remy ini. Jangan tak tahu, Tuah sekarang sudah mempunyai ramai peminat seperti ayahnya di akaun media sosial yang diwujudkan untuknya. Apa-apa pun, semoga Tuah membesar menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya dan didoakan semoga rumah tangga Remy serta Ezza sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok roseezza, tuah.alam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebak tengok gambar dan baca kapsyen macam ni. Ada sesuatu yang Faz tak terluah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mana ada orang kahwin dalam masa 2 minggu. Tak tahu TP, dia mari angin gila dia.. ” – Madammu
-
Viral4 days ago
” Santai sangat nyanyi ni dik. Kalau orang lain dah nak putus urat tekak tarik tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sebijik macam arwah Sarah weh dia punya perangai, suara teriak tu. Patut Shuib falling love sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suka tengok anak Abby yang seorang ni. Low profile, cantik dan cerdik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lama dah Unuk nak nyanyi lagu ni, kena tahan. Sekali bagi, dia all out terus.. ” – Komen Netizen