Artis / Selebriti
” Kelapon haha, tersembur nasi dengar Isaac cakap. Panjang akal Isaac ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Ketika Berbuka Puasa Buat Warganet Terhibur. Alahai Petah Sangat Bercakap, Banyak Mulut Sungguh Hero Zahirah Ni. Part Isaac Sebut ‘Kelapon’ Tu Lawak, Ingatkan Apa Lah Tadi !!
Isaac Raees yang merupakan permata hati Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza ini selalu mencuri perhatian warganet. Telatah Isaac yang petah dan suka bercakap itu membuatkan ramai yang geram melihatnya. Jika anak kacukan lain lebih banyak bercakap bahasa Inggeris, tetapi Isaac pula suka bercakap dan fasih berbahasa Melayu.
Meninjau akaun Instagram Zahirah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac ketika sedang berbuka puasa bersama Zahirah, Aiman dan kedua ibu bapa Zahirah. Wah nenek dan atok Isaac balik Malaysia untuk berjumpa Isaac lah.
Dari awal video sampai ke akhir, tak henti-henti mulut Isaac bercakap. Habis semua menu di atas meja ditanya namanya. Tidak suka makan kelapa dan membuat mimik muka ketika cuba makan lepat pisang, telatah Isaac mencuit hati ramai.

Kalau sudah namanya anak pelakon, kecil-kecil lagi sudah pandai bermain ekpresi wajah ye Isaac. Omma cakap pelakon, Isaac pula sebut ‘kelaton’. Tergelak Omma dibuatnya. Anak Aiman dan Zahirah ini memang seorang yang bijak pandai orangnya. Patutlah Omma rindu kalau lama tak jumpa Isaac.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Comel dia punya reaction macam video mummy dia masa kecik-kecik haha.. suka dengar Isaac cakap Melayu, tak pelat langsung.. ”
” Haha panjang akal Isaac ni. bismillah terlupa pulak hahahaa smart boy la Ijack. Kuat omma gelak haha.. ”
” the “ya Allahh” aaaa sooo cuteee la ijackk.. Walaupun atuk mat salleh, tapi takde lah asik nak speaking je 24jam mcm anak2 orang lain. Balanced.. ”
” Petahnya dia cakap gewammmlahhh cheeky tau… patutlah Omma awak duk ghindu selalu.. Anak ainan, anak pelakon haa semua dia tapau. Comel betul la ijack ni.. ”
” Anak kelapon haha, tersembur nasi kita dengar. Ok mmg sah anak KELAPON… pot pet pot pet… Comel sangat awak ni.. ”
” So cute telatahnya.. Bijak pandai Isaac ni popet2 mulut dia. Lesung pipit tu comel2. Gerammm nenek tengok.. ”
” Tersusun ayat, sopan je Isaac ni.. penghibur nenek dan atok. Kelapon haha isaac konpius kelapa dengan pelakon tu haha.. ”
Terhibur warganet dengan telatah Isaac itu, panjang akal orangnya. Comel sungguh part Isaac sebut ‘kelapon’ tu. Happy lah Isaac apabila Omma ada bersama, lagi bertambah ceria hari-hari Isaac. Apa-apa pun, semoga Isaac menjadi anak yang bijak dan soleh selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



