Artis / Selebriti
” Alahai bijaknya Bunga. Tertib dan beradab tengok cara Bunga tu.. ” – Netizen
Video Gelagat Cucu Sheila Rusly, Bunga Elhaq Belajar Bangun Sahur Buat Ramai Geram Melihat Kecomelannya. Amboi Siap Tadah Tangan Baca Doa Lagi Tu, Cerdik Betul Lah Bunga Ni !!
Bagi yang suka mengikuti selebriti terkenal, Sheila Rusly pasti mengetahui yang Sheila sekarang sudah pun bergelar seorang nenek. Menerusi perkahwinan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqim dan pelakon Elisya Sandha, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama sebagai Bunga Elhaq.
Pejam celik, pejam celik, kini umur Bunga sudah pun setahun lebih. Banyak video dan gambar Bunga sering dikongsikan oleh Sheila di akaun Instagram. Bahkan ramai yang mengatakan yang wajah Bunga saling tidak tumpah seperti Sheila.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram suami Sheila, Jinggo atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Bunga belajar bangun untuk bersahur. Pada awal video, kelihatan Bunga sedang mengangkat tangan seolah sedang membaca doa.

Kemudian Bunga tersenyum dan makan makanan yang disediakan oleh mamanya dalam sebuah bekas. Tulis Tok Sidang, Sheila Rusly merindui cucu tersayang. Tambah Tok Sidang lagi, melihat Bunga sudah pandai bangun untuk bersahur, dia merasakan Bunga sekarang sudah besar.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram melihat kecerdikan dan kecomelan Bunga. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Alahai bijaknya Bunga. Tertib dan beradab tengok cara Bunga tu.. Isshhhh.. Ayat penyedap hati ” tak tua, tak muda ” Jgnlah cakap tua Tok Sidang, hehe.. “
” Rasa mcm haritu tengok Bunga kecil lagi skrg dh besar dh. Cepatnya masa berlalu. Semoga Bunga membesar jadi anak solehah yer sayang.. “
” Kecik2 dah pandai Bunga. Saya suka tengok video Bunga, budaknya comel dan nampaknya dia membesar sebagai anak yang cerdik ni.. “
” Comel Bunga dgn toncet kat kepala tu.. Sekejap aja dah besar cucu tok sidang dan sis.. Cucu makin besar.. Dadda dan nanna makin tua… He he.. “
” Masha Allah.. Tabarakallah.Comel sungguh baby Bunga Elhaq.. So Sooo clever girl Gemeeeeeeees nye tengok.. Tahun depan dah boleh puasa lah kalau macam ni gayanya, hehe.. “
” Alhamdulillah.. MasyaAllah.. TabarakaAllah.. Very clever lah Bunga. Bertuah Dadda dan Nanna dapat cucu yang comel dan bijak pandai macam Bunga ni.. “
” Keajaiban yg Allah SWT hadirkan.. Dlm mempunyai anak2 lelaki tiba2 Allah hadirkan cucu perempuan sbg bunga dlm keluarga Sheila Rusly & Jinggo.. Dapat cucu comel pula tu.. “
Alahai bangun sahur pun comel sangat Bunga ni. Lagi-lagi part Bunga meletakkan tangan dekat pipi, boleh cair dibuatnya. Apa-apa pun, semoga Bunga membesar dengan sihat, panjang umur, sentiasa murah rezeki dan menjadi anak solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen




