Viral
” Kami berharap 3 perkara ini telah dimasukkan dalam arahan yang dimaksudkan di atas.. ” – Peguam
Perkembangan terbaru kes arwah Zara Qairina buat ramai menarik nafas lega. Akhirnya permintaan ibu Zara dan team peguam didengari oleh Jabatan Peguam Negara..
Sejak berita pemergian adik Zara Qairina tular di media sosial, ramai yang turut sama memperjuangkan keadilan untuk anak malang ini. Kes Zara bukan kes biasa dan ianya tidak boleh dianggap remeh kerana berkemungkinan ianya berkait dengan kegiatan buli yang menyebabkan kematian.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu perkembangan yang sahih mengenai kes Zara ini. Team peguam yang mewakili ibu Zara berusaha bertungkus lumus demi memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk Zara tanpa mengira darjah dan kedudukan.
Terdahulu ibu Zara meminta agar kubur Zara digali semula dan bedah siasat dilakukan untuk mengetahui sebab punca sebenar kematian anaknya itu. Permintaan agar pegawai penyiasat dari Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ini juga didengari dan ianya ada dinyatakan dalam kenyataan media hari ini.

Dalam situasi pelbagai spekulasi yang tular di media sosial, kenyataan ini memberikan secebis harapan untuk ibu Zara. Jabatan Peguam Negara telah pun menyerahkan laporan penuh siasatan awal kematian Zara kepada Polis Diraja Malaysia untuk disiasat dengan lebih terperinci.
Jom baca perkongsian di bawah : 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga Allah memberi kemudahan di setiap usaha untuk membela arwah Zara.. Aamiin Ya Mujib.. Justice for zara.. “
” Justice For Zara semoga siasatan kali ini berintegriti telus dan keadilan berada di pihak yang benar.. Alhamdulillah moga ada keadilan yang setulus tulusnya.. “
” Pastikan yg postmortem Tu Telus . Geram Ada nampak satu artikel pasal MO Di Queen 1.. Semoga dipermudahkan semuanya. Takbir Allahuakbar.. “
” Alhamdulillah semoga ada sinar.. Maha Suci ALLAHSWT.. semoga terungkai kebenaran aamiin aamiin allahumma aamiin.. justice for zara.. “
” Semoga dipermudahkan urusan pihak2 yg sedang berjuang mencari dan menegakkan keadilan dan kebenaran buat adik zara.. “
” Sebelum serah pada mana2 pihak x kisah peguam ka polis ka pastikan ada salinan asal utk dipegang… utk buat crosscheck nnt takut2 ada bercanggah… mna la tau ada sabotaj.. “
” Alhmdulillah moga Telus diadilli…. sama2 kita doa… tq puan sharing Info.. Semoga dipermudahkan. tp simpan la semua salinan utk rakaman2.. manatau tiba2 di manipulasi.. “
Berita yang menggembirakan semua pejuang keadilan untuk Zara. Semoga adik Zara mendapat keadilan yang telus dan menjawab segala keresahan di hati ibu Zara yang masih terganggu dengan pengakhiran hidup anaknya ini. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk kes Zara ini.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

