Artis / Selebriti
” Kalau kita jadi Bell pun dah berbunga-bunga bangga hati anak sampai ke tahap ni.. ” – Netizen
Video Bell Ngasri Menghantar Anak Perempuannya, Nasfarisya Ke Lapangan Terbang Raih Perhatian Warganet. Wah Hebat Anak Bell Ni, Wakil Negara Rupanya. Bukan Calang-Calang Pelajar Ye, Semoga Mendapat Kejayaan Kakak !!
Tahun ini boleh dikatakan tahun bertuah buat pelakon Bell Ngasri. Selepas berjaya membolot anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35, populariti Bell semakin memuncak dan ke mana-mana sahaja orang bercerita tentang Bell atau popular dengan nama watak Barkoba.
Tidak hanya kejayaan dalam kerjaya, Bell juga ayah dan suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Terbaru, Bell telah pun berkongsikan satu video yang memaparkan Bell menghantar anak perempuannya bernama Nasfarisya ke lapangan terbang.
Dalam video ini juga, ada ditunjukkan keratan berita dari portal Malaysia Gazette yang melaporkan tentang 4 pelajar mewakil negara dalam Actions For Earth Award & Global Youth Summit. Kesemua pelajar ini adalah pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi, Gombak dan anak Bell salah seorang daripadanya.

Pastinya ini sesuatu yang membanggakan Bell sebagai seorang ayah. Sama ada Nasfarisya beroleh kejayaan atau tidak dalam pertandingan ini, Nasfarisya sememangnya sudah pun membuatkan Bell dan isteri bangga dengan pencapaiannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, tahniah buat Kakak dan tahniah juga buat mama dan baba… muka kakak sweet and tenang je. Bukan kaleng kaleng yaaaa. Semoga berjaya kakak.. ”
” Alhamdulillah, tahniah Kakak. tahniah juga buat ibu dan ayahnya. Moga beroleh kejayaan hendakNya. Malaysia boleh.. ”
” Alhamdulillah dan tahniah kakak. All the best girl, baba hebat, anak pun tak kurang hebatnya.. Tahun ong Bell banyak berita gembira.. ”
” Tahniah anak solehah.. go girl, buat yang terbaik okey. All the best untuk kakak dan kawan-kawan semua. Harum kan nama Malaysia ye.. ”
” Tahniah kakak dan family, semoga berjaya seterusnya.. selamat pergi dan selamat kembali dengan kejayaan. tumpang bangga tengok anak Bell.. ”
” Alhamdulillah, tahniah kakak. Proud of you.. kalau kita jadi Bell pun dah berbunga-bunga bangga hati anak sampai ke tahap ni. Tahniah Bell berjaya mendidik anak menjadi insan yang hebat. Sehebat babanya.. ”
” Ayah dan anak sama-sama hebat. good luck kakak, tahniah ye. Semoga Allah permudahkan segala urusan kakak dan beroleh kejayaan.. ”
Pastinya harapan diletakkan untuk Nasfarisya dan kawan-kawannya ini untuk membawa pulang kejayaan. Semoga segala urusan Nasfarisya dan kawan sepasukan dipermudahkan oleh Allah dan berjalan dengan lancar. Good luck semuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail

