Artis / Selebriti
” Kalau dia tak buka mulut tadi hampir tak kenal tu Kiah Propa, cantiknya kome.. ” – Komen Netizen
Video transformasi Kiah Propa hasil sentuhan makeup Dato’ Alha Alfa raih pujian ramai. Cantik betul Kiah Propa tapi mulut ramah tetap ‘Trademark’..
Terkenal dengan telatah spontan dan mulut ramahnya, Kiah Propa telah mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan transformasi luar biasa hasil sentuhan jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa. Menerusi akaun Instagram, video proses solekan Kiah telah dikongsikan.
Menerusi sesi makeup hari ke 14 Ramadhan, Kiah diberikan cabaran untuk tampil berbeza daripada kebiasaan dengan tema “Indonesia Pesona Glam Look”. Transformasi tersebut nyata berjaya menarik perhatian ramai apabila wajah Kiah kelihatan jauh berbeza daripada imej biasanya.
Menurut Dato’ Alha Alfa, cabaran kali ini adalah untuk mengubah penampilan Kiah supaya kelihatan lebih glamor dan elegan, namun masih mengekalkan aura ceria yang menjadi identitinya. Hasilnya memang mengagumkan dan terpersona melihatnya.

Namun seperti yang dijangka, identiti sebenar Kiah tetap tidak dapat disembunyikan lama. Sebaik sahaja dia mula bercakap, ramai terus mengenali siapa dirinya. Kiah Propa tetap kekal dengan personalitinya yang ceria dan menghiburkan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Betul kita gelak dulu baru puji hahahahahahaahha, Lawa bebenor la kiahhhh …cun melecun laaaa.. Mulut x berhenti mengomel.. “
” Trus jadi mcm muka kak ani maiyuni… ni kalau org ckp kakak org caye ni.. Kalau dia tak buka mulut td hampir tak kenal tu kiah propa .. “
” Kiahhhhhhh cantiknya nye kome, Cantik! Walaupun mulutnya tak berhenti yer potpet time makeup lap u kak kiah propa!. “
” Amboiii Kiahhh letopansss cantikk sungguh.. dah cantik tu jgn jual kerepek tau… Ahhaa mse makeup die x bhnti ye bckp hahaha.. “
” Manis terus, cantik kak kiah kita, Mude 20tahun k blkng kiah oiii.. Lepeh mekap, muka udah jd ghope haiza wei. Cantik bebenor kome.. “
” Ini lah ibuk tiri Bawang Merah, Bawang Goreng. Lawaaaa nya kome .. Hahahah…lawak laaa kak kiah niii, Mcm ziana zain plak ckit.hahaha.. “
” Dalam ramai2 kiah propa nye make up jer yg aku suka. dulu mmg minat tengok make up AA ni tp semenjak kebelakangan ni lain mcm sikit..nak2 muka amira.. kesian aku nengok nye. tp kali ni mmg jaddddiii.. “
Transformasi ini sekali lagi membuktikan kehebatan sentuhan Dato’ Alha Alfa dalam menghasilkan pelbagai gaya solekan yang mampu menyerlahkan keunikan setiap individu. Tidak hairanlah jika hasil tersebut menerima pelbagai pujian daripada peminat di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rotikaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

