Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau awak baca posting kak ni, silakan komen atau DM.. ” – Fasha Sandha

Tersentuh Dengan Kejujuran Seorang Rider Makanan Setelah Melangg4r Sebuah Kereta, Fasha Sandha Ingin Mencari Pemuda Itu Untuk Berkongsi Rezeki. Bagusnya Adik Ni, Umur Baru 19 Tahun, Rajin Bekerja. Jujur Pula Tu, Dah Langg4r Tak Lari !!

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah diulangsiar satu video daripada akaun TikT0k onsir11 yang memaparkan kejadian antara seorang penghantar makanan dengan pemandu kereta. Pemuda ini secara tidak sengaja terlangg4r sebuah kereta. Namun atas rasa tanggungjawab dia tidak lar1 dan bersemuka dengan pemilik kereta itu untuk meminta maaf.

Baru berusia 19 tahun, rajin mencari rezeki untuk keluarga, kejujuran pemuda ini membuatkan pemilik kereta tersebut tidak menuntut sebarang ganti rug1. Fasha memuji sikap adik rider tersebut kerana tidak semua rider jujur sebegini. Kebanyakannya akan berlalu pergi dalam situasi ini.

Pujian juga diberi kepada pemilik kereta itu kerana kemuliaan hatinya melepaskan adik rider ini tanpa sebarang bayaran. Adik rider ini juga berkali-kali meminta maaf atas kesalahannya. Benar apabila ada kejujuran, pasti ada balasannya yang kadang kala tidak terjangkau dek fikiran.

Indah melihat situasi ini, sifat memaafkan yang tidak semua mampu buat. Fasha juga mencari adik rider ini untuk memberikan sedikit hadiah kerana kejujurannya itu dan berharap sikap adik rider ini menjadi contoh kepada semua penunggang motosikal.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fasha ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah rezeki adik ni, semoga dia baca. Thanks Fasha, semoga murah rezeki aamin.. “

” Bagusnya adik ni, jujur. bagus didikan ibu ayah, tiktoker pun bagus. Semoga Allah limpah rezeki buat semua.. “

” Hati bersih, yang penting bila kita buat salah, kita ada sifat tanggungjawab. Tak semua orang mampu ada sikap sebegini. Salute and respect to him.. “

” Mesti baik budaknya ni.. bagus mak ayah dia didik.. semoga anak2 kita membesar dgn akhlak yg baik mcm ni.. InsyaAllah.. “

” Nang1s pulak tengok, jumpa orang yang baik dan memahami itupun one of rezeki, Alhamdulillah.. “

” Wah bagusnya, FS nk bg hadiah adik tu.. baik hati… adik tu pun bgus, tak lar1, bertanggungjwb atas kesalahan yg dia buat…. bos kereta besar pun ok.. baik hati juga… tak nk gntirugi.. “

” Alhamdulillah terbaik adiknya. Berani kerana benar walau pun buat salah. Semoga Allah luaskan pintu rezeki utk adik ni dan lindungi diri dr sbrg bahay4.. “

Ini pula komen Fasha tentang hadiah yang ingin disumbangkan kepada adik grab ini. Wah bukan sikit-sikit, rezeki yang tidak disangka buat adik rider itu.

Ini orang kata rezeki datang bergolek. Orang baik ramai yang sayang. Semoga usaha Fasha untuk bertemu dengan adik rider ini dipermudahkan dan baik Fasha mahupun adik rider dan pemilik kereta tersebut dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, Tikt0k onsir11

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT