Artis / Selebriti
” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Rozi Abdul Razak dalam kariernya buat ramai tersentuh. Part last tu tak sangka Tokti akan khabarkan berita duka untuk semua..
Satu majlis sambutan sempena ulangtahun kelahiran biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah pun diadakan pada 16 Januari yang lalu. Majlis sambutan ulangtahun dan apresiasi media ini berlangsung dengan meriah dan semua tetamu diraikan dengan sebaik mungkin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kaki Kipas Artis dan Siti Nurhaliza Gallery, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi soal jawab DS Siti bersama rakan media. Sepanjang karier seni DS Siti, pengurusnya yang juga pernah bergelar kakak iparnya, Rozi Abdul Razak antara tulang belakang kejayaan DS Siti.
DS Siti diajukan soalan mengenai pandangannya terhadap Rozi sepanjang DS Siti bersama Rozi. Ujar DS Siti, Rozi bukan hanya menjaganya sejak dia berkecimpung dalam seni tetapi dari DS Siti masih bersekolah lagi. Banyak jasa Rozi yang tidak akan DS Siti lupakan.

DS Siti juga mengatakan Rozi ada impiannya yang tersendiri dan DS Siti sendiri tidak selamanya akan menyanyi. Mereka berdua ada target yang ingin dicapai dalam kehidupan masing-masing. DS Siti juga memberi bayangan mengenai persaraannya dari dunia seni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sihat sihat Kak Zee rozisangdewi.. terima kasih kerana menjaga kesayangan kami ctdk.. sedih pulak dengar ucapan last tokti tu.. “
” Kak Zie antara tulang belakang kejayaan Siti.. Nasib baik Siti tak jatuh ke tangan yg salah! Alhamdulillah.. “
” Terima kasih kak rozisangdewi menjaga Tokti sehingga dia menjadi Biduanita kesayangan Malaysia. Such a special lovely person.. “
” Kak rozisangdewi satu dalam sejuta dia sgt istimewa tak tau nk ckp gabungan ctdk ngan kak rozi mmg luar biasa begitu juge dgn team2 yg ada dlm @snlegacysb kalau dulu SNP kann…
” Bertuahnya siti ada kak zie… saling memerlu dan memberi. rasa tak berseri lagi industri muzik Malaysia kalau tokti pencen.. “
” Bagi haters To Ti yg duk cbuk bercakap.. X habis2 lagi menyanyi tu.. Dengar tu To Ti perjelaskan bukannya To Ti kemaruk sgt nk cari duit dgn menyanyi TAPI dia ade matlamatnya sendiri lebih2 lagi bila DK dah hint.. “
” Kak Rozi sangat istimewa di hati kami Sitizoners.. terima kasih kak zie. Jangan lah pencen tokti.. bila tokti cakap akan pencen aku yang sedih.. “
Satu ucapan yang menyentuh hati warganet. Tidak terbayang jika DS Siti pencen dari industri, pasti akan meninggalkan kesan yang besar untuk semua peminat DS Siti. Apa-apa pun, semoga impian DS Siti dan Rozi akan dimakbulkan Allah dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kakikipasartis
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

