Artis / Selebriti
” Jawapan ko buat acik tersedak Tiara. Letih ketawa, rare teka teki Tiara ni, haha.. ” – Komen Netizen
Achey Bocey kongsi video anaknya, Tiara Zinnirah menanyakan satu teka teki mengenai Menara Berkembar KLCC buat warganet terhibur. Adui lah Tiara, jawapan tu memang tak terfikir dek otak. Tersedak Fattah Amin nama kena petik, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan Achey Bocey dan anaknya, Tiara Zinnirah pastinya sudah memahami perangai Tiara yang random dan penuh dengan jenaka spontan. Tiara suka membuat kelakuan yang menggeletek hati sesiapa sahaja yang menonton videonya di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Achey dan Tiara sedang duduk santai di hadapan Menara Berkembar KLCC. Melihat suasana KLCC yang indah, Tiara sempat bermain satu teka teki bersama Achey.
Tiara bertanyakan kepada Achey dan soalannya berbunyi ‘ mengapa menara itu berkembar ‘. Soalan Tiara itu tidak dapat dijawab oleh Achey dan Tiara memberikan jawapan yang membuatkan Achey tergelak. Lain macam betul jawapan oleh Tiara ini.

Sempat memetik nama pengantin baru, Fattah Amin, warganet terhibur mendengar jawapan oleh Tiara itu. Komen warganet, disangkakan apalah jawapan Tiara, rupa-rupanya jawapan Tiara di luar kotak fikiran. Tambah warganet lagi, Tiara boleh geng bersama Nizam Jentik Jentik yang suka bertanyakan soalan teka teki.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Di luar kotak jawapan kamu dekk haha.. Fattah Amin harap jemput majlis persandingan nanti nampak sangat Tiara ikut perkembangan FATTMIRA.. “
” Haha penat tunggu jawapan. Aduh Tiara, lain macam jawapannya haha.. caya lah Tiara, boleh geng dengan Nizam jentik jentik hihi.. “
” Tak jangka dek akal jawapannya Achey.. sangat win tiara ni.. fattahaminz belikan dia ole ole honeymoon cpt .. sbb tiara pon folo wedding Fattah dan Amira.. “
” Adoyaii melompat topik ko ye dik haha.. Ni baru berfikir di luar kotak Tiara.. Hebat ar Tiara, dengan kita sekali tercengang dengar jawapan Tiara tu.. “
” Jawapan ko buat acik tersedak Tiara.. Singkat dan padat ko dik.. Tiba-tiba Fattah Amin haha.. Rare teka teki Tiara ni.. “
” Kemain haha lawak, fattah pun kena petik dengan tiara ni.. tapi betul jugak ye.. Fattah dah kawen.. “
” Letih ketawa.. punchline menarik.. tiara lebih kelakar dari ayah ni.. macam gitu je dia kasi ek.. random betul budak ni.. terbahak aku gelak dengan jawapan tiara ni.. “
Amboi Tiara, ayah yang pelawak pun tak boleh jawab teka teki Tiara. Jawapan Tiara itu boleh membuatkan uncle Fattah tersedak dibuatnya. Lawak Tiara memang random dan menghiburkan. Apa-apa pun, pengantin baru jangan lupa bawa balik buah tangan untuk Tiara, peminat Fattah dan Amira ni, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

