Artis / Selebriti
” Ini baru tunang, kalau kahwin tak tahu la macam mana dia punya glamz.. ” – Netizen
Majlis Pertunangan Afifah Nasir Dan Syed Hariz Raih Perhatian Warganet. Wah Ekslusif Betul Majlis Afifah Ni. Handsome Tunang Afifah, Sepadan Sangat. Cepat-Cepat Naik Pelamin Afifah !!
Baru sahaja semalam warganet disajikan dengan berita pelakon wanita merangkap adik kepada Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir dilamar di sayap sebuah pesawat. Jejaka bertuah yang berjaya memenangi hati Afifah ini dikenali sebagai Syed Hariz.
Meninjau akaun Tiktok Nazirahnasir97, telah dimuatnaik satu video dengan kapsyen tertulis ‘ My sister’s engagement ‘. Difahamkan Afifah dan Syed Hariz telah pun selamat disatukan sebagai tunang dalam sebuah majlis di kediaman keluarga Afifah.
Cantik dan anggun Afifah dalam busana berwarna putih, begitu juga Syed Hariz yang segak dalam baju Melayunya. Sama cantik sama padan pasangan bakal pengantin ini, seorang jelita dan seorang lagi berwajah tampan, tak puas mata memandang merpati dua sejoli ini.
Turut sama dipaparkan suasana ketika majlis berlangsung yang dihadiri oleh kaum keluarga Afifah dan Syed Hariz serta sahabat terdekat. Ini baru majlis pertunangan sudah meriah, majlis kahwin Afifah nanti tentu lebih grand dan banyak kejutan.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantiknya Afifah, my crush girl since twitter baru wujud lagi. Weh mesti lki dia bhgia wehhh dgr gelak dh. Aku yg prmpuan ni pn adore dia.. ”
” Ini baru tunang kalau kawin tak tahu la macam mane dia punye glamzzzzz.. yg pling trbaik skli untuk hari bahagia.. ”
” Ni baru bertunang buat kat rumah kan.. macam akad nikah..suka tengok orang buat majlis besar-besar macam ni.. tahniah Afifah.. ”
” Handsome laaa tunang Afifah ni.. yang kecik tu mula-mula dah comel. cantik-cantik family dia ni.. ”
” Biar lambat tapi dpt yg bernilai.. sama2 cantik dan sepadan.. ooo ini la semalam bunga api tak benti-benti tu. anak aku truja tgok bunga api jerit2 dlm kreta.. ”
” Sama cantik sama padan, tahniah Afifah. Meriahnya, control gelak ke tu Fifah haha.. semoga cepat naik pelamin.. ”
” Grand majlis, bertunang pun dah meriah macam majlis nikah.. eloknya rupa tunang Afifah ni. ada iras suami Emma Maembong.. sesuai sangat, cantik dan handsome.. ”
Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangannya, selangkah sahaja lagi untuk Afifah dan Syed Hariz ke fasa perkahwinan. Semoga segala perancangan Afifah dan Syed Hariz untuk ke jinjang pelamin nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Untuk menonton video penuh, boleh lah ke akaun TikTok nazirahnasih97.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nazirahnasir97, Tiktok Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebak tengok gambar dan baca kapsyen macam ni. Ada sesuatu yang Faz tak terluah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mana ada orang kahwin dalam masa 2 minggu. Tak tahu TP, dia mari angin gila dia.. ” – Madammu
-
Viral4 days ago
” Santai sangat nyanyi ni dik. Kalau orang lain dah nak putus urat tekak tarik tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sebijik macam arwah Sarah weh dia punya perangai, suara teriak tu. Patut Shuib falling love sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suka tengok anak Abby yang seorang ni. Low profile, cantik dan cerdik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lama dah Unuk nak nyanyi lagu ni, kena tahan. Sekali bagi, dia all out terus.. ” – Komen Netizen