Artis / Selebriti
” Ingatkan pakai filter, muka budak-budak betul ni. Babyface sangat.. ” – Netizen

Bella Astillah Kongsi Gambar Wajahnya Tanpa Sebarang Solekan Raih Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Bella, Dah Macam Budak Sekolah Darjah 5 Je Muka Tu. Kulit Licin Betul, Cute Sangat !!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah. Bertubuh kecil molek, Bella sudah aktif dalam dunia seni sejak masih kanak-kanak lagi. Selain berlakon dan menyanyi, Bella juga banyak menjadi duta untuk produk dan ini membuatkan dirinya semakin dikenali.
Meninjau akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan wajah Bella tanpa sebarang makeup. Bersih dan licin kulit Bella, itu yang dapat dikatakan setelah melihat gambarnya itu. Wajah asli Bella ini tak ubah seperti kanak-kanak sekolah rendah.
Muka babyface dan comelnya itu tidak puas dilihat. Tulis Bella di ruangan kapsyennya, bukan sahaja dirinya yang perlu berehat tetapi kulit wajahnya juga perlukan rehat. Maksudnya kulit yang bersih tanpa ditempek dengan sebarang produk supaya kulit boleh bernafas.
Beruntung Bella memiliki raut wajah seperti budak-budak sebegini. Patut lah Bella tak nampak tua kerana mukanya yang babyface. Jika tak makeup Bella kelihatan comel, apabila bersolek Bella terus berubah menjadi wanita yang cantik dan ayu.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Bella ini sehingga kini telah pun meraih hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Subhanallah Wabihamdih… ellokk tak payah make up pun. bersih kulitnyer, rupe bebudak pulak lagi.. cantik Bella ni.. ”
” Ingatkan budak mana lah tadi. Aii ingatkan pakai filter, muka budak-budak betul ni bah.. Maintain muda.. ”
” Cutenya Bella tak pakai makeup.. Muka polos tu macam budak sekolah darjah 6 je ni.. haha adik lambat masuk sekolah eh.. ”
” Ingatkan budak darjah 6 ponteng sekolah tadi tu. rupa-rupanya bini si aliff aziz hehe.. muka budak sekolah sangat haha love.. ”
” Comel nyee cm budak-budak. Cantik pmandangn aliff aziz di pagi hari. Isteri cantik dan comel, baby face tu mahal.. ”
” Bella bila tak makeup cantik dan cute macam budak sekolah. Kalau aku macam ni serupa mak lampir dah.. ”
” Masal4h sekarang ni, kenapa muka Bella macam budak ni haha. comelnya babyface sangat.. Ingat budak sekolah mana tadi.. ”
Ini baru dikatakan cantik semulajadi, tak makeup pun sudah terlihat cantik dan comel. Kalau Bella menyamar menjadi budak sekolah pun orang percaya ni, muka budak sangat. Apa-apa pun, semoga Bella murah rezeki selalu dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar