Artis / Selebriti
” Ingatkan muka Haziq kena filter, ayah lagi handsome dari anak.. ” – Komen Netizen
Haziq Hussni kongsi video bapanya, Hussni Hassan bersempena hari bapa raih perhatian ramai. Wah nampak muda sangat ayah Haziq walaupun dah umur 60 tahun. Sekali pandang ingatkan Haziq versi sudah tua. Sebijik fotostat muka Haziq dengan ayah dia..
Meninjau ke akaun Instagram Haziq Hussni, posting terbaru Haziq telah meraih perhatian ramai. Haziq memuatnaik sebuah video yang memaparkan bapanya, Hussni Hassan bersempena sambutan hari bapa yang berlangsung semalam.
Menurut Haziq, bapanya bakal menginjak ke usia 60 tahun tidak lama lagi. Namun penampilan bapanya nampak lebih muda dan sihat daripada usia sebenarnya. Paling mencuri perhatian ialah wajahnya saling tidak tumpah seperti Haziq, cuma nampak berusia.
Haziq juga menyatakan yang bapanya lebih handsome berbanding anak-anaknya yang lain. Ini tidak dinafikan kerana warganet juga memberikan komen yang sama dan memuji wajah kacak bapa Haziq walaupun sudah berusia emas.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bapa Haziq juga sudah mempunyai 10 orang cucu dan turut dikongsikan gelagat bapa Haziq melayan cucu-cucunya. Nampak macam bapa melayan anak pula, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah Haziq seiras bapanya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dad lagi handsome dari anak. Wow! Mesti kerap workout and jaga makan kan. Hebat, happy bday to your dad. Pls send regards from me and Aidil .. “
” Eh wait sumpah aku igt ko buat AI muka ko weh… sebijikkk muka haha nampak muda.. Almost 60 n still looking great.. “
” Laaa ingat abg sulung tadi.. Ya Allah Atok herloknyaaa Atok. Tiber rasa nak jadi cucu.. Ingatkan muka haziq yg di edit. Rupanya real.. “
” Minta maaf lah, memang betul bapak elok betul kejadian dari anak-anak semua. Alhamdulillah sihat walafiat insha Allah sentiasa.. “
” Lg hensem drpd ank² dia..Ya Allah tetapkn lah hti ini.. So kita tahu lah muka haziq tua nnt mcm mana ingat AI tadi.. Atuk.. seriuss mmg tak pecaya. Hesmes terokksss laa.. “
” Masha Allah….Handsome man and real nampak mudah betoi, first tengok ingatkan haziq dah slim ,last week tengok ada sikit gemuk.. “
” Astaghfirullah, mati2 ingat filter klu tak baca komen.. Aku ingat muka kau guna filter orang tua do Ziq. Tau tau ayah kau .. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Haziq mewarisi sepenuhnya wajah bapanya. Jadi kita sudah tahu bagaimana gambaran wajah Haziq apabila tua nanti. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan buat bapa Haziq dan dipanjangkan umur. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haziq Hussni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen

