Artis / Selebriti
” Ingatkan Angah bergambar dengan Dato’ Seri Siti tadi. Cantik lah wife Angah.. ” – Netizen

Angah Raja Lawak Kongsi Ucapan Dan Gambar Bersama Isterinya Sempena Ulangtahun Perkahwinan Mereka. Penampilan Dan Wajah Isteri Angah Raih Perhatian Netizen. Ehh Betul Lah, Cara Senyum Tu Ada Iras-Iras Tokti Lah !!
Siapa tidak mengenali selebriti Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim. Bakat seninya bermula daripada seorang pelawak apabila pernah menyertai pertandingan Raja Lawak dan seterusnya menceburi dalam bidang lakonan. Kini Angah juga merupakan salah seorang penyampai radio.
Meninjau di akaun Instagram, Angah ada memuatnaik gambar bersama isterinya, Amira Asyura Abdul Razak dan berkongsi ucapan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 7 tahun. Tulis Angah, berharap semoga rumahtangganya ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang isteri Angah nampak seiras seperti penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza. Bahkan kalau dilihat gaya Amira senyum itu memang ada iras macam Dato’ Siti.
Sehingga kini posting oleh Angah itu telah menerima lebih 6,800 dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Sekejap masa berlalu, rupanya sudah 7 tahun perkahwinan Angah dan isteri.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian oleh Angah, ramai yang turut menitipkan kata ucapan dan doa buat Angah serta isteri. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan Angah bergambar dengan Dato’ Seri Siti tadi. Cantik lah wife Angah.. Happy Anniversary Angah dan isteri.. “
” Semoga perkahwinan yang dibina ini berkenalan sehingga ke akhir hayat. Selamat hari ulangtahun perkahwinan angah & wife.. “
” Semoga berbahagia sentiasa.. Kunci kebahagiaan ada pada kepimpinan suami.. Semoga angah dpt menjadi pemimpin yg soleh kpd isteri dan anak2 utk mencari keredhaan Ilahi.. “
” Happy 7th Anniversary Angah & Syura.. Tahniah.. Semoga ikatan perkahwinan kalian akan terus bkekalan bahagia hingga ke Jannah.. “
” Cantik wife Angah, sekali pandang macam Dato Siti lah.. Ptt la Angah skrg mkin hensem, happy anniversary to both of you smga bhgia slalu.. “
” Happy Anniversary Angah dn isteri semoga mahligai yng dibina ini berkekalan hingga keJannah.. Aamiin3 yra.. “
” Woww lawaa lah wife Angah, ade iras Tokti. Happy anniversary.. Semoga didalam Rahmat Allah ikatan suci pernikahan, ketika senang dn susah ketika sedih dn gembira.. Till Jannah Aameen.. “
Memang cantik isteri Angah, patut lah ramai yang memuji. Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Apa-apa pun selamat ulangtahun perkahwinan Angah dan isteri yang ke 7, moga ikatan perkahwinan kalian akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG angah_lawaking
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen