Connect with us

Artis / Selebriti

” Ingatkan anak Ustaz tadi. Awet muda isteri Ustaz.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Bersama Isteri, Wajah Isteri Ustaz Elyas Ismail Raih Tumpuan Ramai. Cantik Sungguh Bidadari Ustaz, Nampak Macam Muda Remaja. Awet Muda Sangat !!

Ustaz Elyas Ismail merupakan seorang pendakwah yang tidak asing lagi di Malaysia dan sering dijemput menyampaikan perkongsian serta ceramah dalam program di saluran televisyen. Berasal dari Sungai Petani, Kedah, Ustaz Elyas mendapat pended4han terhadap tarbiah atau pendidikan seperti usrah sejak di bangku persekolahan.

Disebabkan minatnya, Ustaz Elyas terus menyalurkan khidmatnya di jalan dakwah. Telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya, Nurul Amani Mohammad Tain, perkahwinan mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.

Untuk rekod, Ustaz Elyas pernah menjadi panel dalam beberapa program TV iaitu Tanyalah Ustaz di TV9, Klinik d’HIJRAH di TV Al-Hijrah, Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 dan penceramah Al-Kuliyyah di TV3. Seiring dengan zaman teknologi, Ustaz Elyas juga tidak ketinggalan menggunakan media sosial dalam penyampaian ceramah dan tazkirah.

Meninjau ke akaun Instagram, Ustaz Elyas telah memuatnaik gambar bersama isterinya beserta ucapan hari lahir buat isterinya itu. Ustaz Elyas jarang berkongsi gambar bersama isteri di media sosial dan perkongsian ini telah meraih perhatian ramai dan memuji kecantikan isteri Ustaz Elyas.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan selamat hari lahir daripada netizen dan ramai memuji wajah isteri Ustaz Elyas yang nampak awet muda seperti remaja. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Mcm mana la sy bole ingt anak ustaz… Ampunn.. Awet muda isteri ustaz sanah helwah moga bahagia selalu. Aminnn.. Segaknya bidadari ustaz.. Sanah helwah.. “

” Tu dia… dia punya ayat kemaih aih… hok tak buleh angkat tang pemalu tu… tak tau nak gelak ka nak tenghiak… Comelnyaaa wife… kim salam kt wife, saya ucap selamat hari lahir.. “

” Selamat hari lahir buat isteri Ustaz yang cantik manis. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu bersama Ustaz. Aamiin.. “

” Yo o pemalu ye  dpt awek cun sebelah lak tu  Slm hb buat wife yg cantik tu ye.. Macam budak remaja zaujah ustaz.. happy birthday puteryamany smoga yg baik2 shj utk isteri ustaz yg cntik kecik molek ni .. “

” Happy birthday amani puteryamany … Semoga di berkati dan di rahmati Allah selalu… ingat kan hero nustan kita bawak ore rumah lain.. “

” Sanah Helwah buat isteri Ustaz ustazelyasismail . mudanya isteri ustaz. Cantik. Subhanallah.. HB puan yg comey lote moga sentiasa dlm rahmat Allah bhgia dunia akhirat.. “

” Masyaallah, ingatkan anak ustaz td . Selamat Hari Lahir puan. Laaa… ingat anak ustaz tadi.. Comel isteri ustaz. Sanah Helwah  moga bahagia disamping keluarga. Aamiin.. “

Kalau kita tidak membaca kapsyen yang ditulis pastinya ramai menyangkakan wanita itu merupakan adik atau anak Ustaz Elyas. Memang nampak muda remaja sangat. Rasanya masih belum terlambat untuk kami turut mengucapkan selamat hari lahir kepada bidadari Ustaz. Semoga sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ustaz Elyas Ismail

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT