” Ingat tadi mak Jihan, muka iras-iras Jihan la.. ” – Netizen

Jihan Muse Kongsi Gambar Ibu Mertuanya Bersama Anaknya, Ungku Arsalan Haq. Ada Yang Cakap Muka Jihan Dan Mak Mertuanya Ini Nampak Sama. Iyelah, Ada Iras-Iras. Manis Ibu Mertuanya !!

Pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse dikenali dan mempunyai ramai peminatnya tersendiri. Akaun media sosialnya sehingga kini merekodkan seramai 2.9 juta orang followers. Jihan yang sudah berhijab sepenuhnya ini nampak cantik dengan imejnya itu.

Meninjau akaun Instagram Jihan Muse, telah dikongsikan sekeping gambar ibu mertuanya yang dipanggil Mimi bersama anak lelakinya, Ungku Arsalan Haq. Semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran mak kepada Ungku Hariz ini.

Di ruangan kapsyennya, Jihan mengucapkan selamat ulangtahun untuk Mimi. Turut tertera pada hashtag di akhir kapsyen, Jihan menulis Mak Ungku dan mak mertuaku. Mimi yang memakai busana berwarna biru ini nampak cantik dan lembut air mukanya.

Sempat lagi Jihan mengusik ibu mertuanya dengan mengatakan tentu Mimi melihat posting Jihan ini menggunakan ipad baru. Wah Mimi dapat hadiah birthday special lah, mesti seron0k ada menantu yang suka berjenaka ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah ibu mertua Jihan ini menjadi tumpuan peminat dan dikatakan nampak sama seperti wajah Jihan. Antara komen-komen peminat :

” Macam muka Jihan. Happy Birthday mimi arsalan.. semoga sentiasa sehat,murah rezeki & bahagia bersama keluarga tersayang.. Aamiin.. “

” Muka mak abg hariz skali imbas sama lak muka mak dlm cte jihan b0dek mak mertua. adakah kebetulan.. selamat hari lahir mak engku.. “

” Selamat ulangtahun kak Izan. Semoga dianugerahkan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Serta berbahagia selalu di dunia & akh1rat. Dimurahkan rezeki. Aamiin yarabbal alamin.. “

” Happy besday bt ibu mertua jihan muse. msa blm tgk cption jihan td ingt mak jihan.. sbb irasĀ² jihan la. rupanya mak mertua… in sha Allah, pnjg jodoh jihan dn suami.. sbb mka iras-iras.. “

” Hppy birthday aunty.. Smoga sntiasa barakah, sntiasa sihat, Dan sntiasa d murahkan rzki d smping yg trsyg, amin.. “

” Comelnya happy birthday semoga dipanjangkan usia dan sentiasa dimurahkan rezeki ungku hariz.. “

” Sampai salam dandar pada aunty zan and wish her happy birthday. Semoga panjang umur, murah rezki dan sihat selalu. Aamiin.. “

Alhamdulillah bertambah usia, masih kekal nampak sihat mak Ungku Hariz ini. Belum terlambat rasanya untuk kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun buat ibu Ungku Hariz ini. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jihan Muse

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..