Artis / Selebriti
” Ingat Ara nak azan tadi. Terpaling galau ni Ara, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak kedua Bella Astillah, Ara Adreanna menyanyi lagu ibunya menghiburkan ramai. Adui Ara, awal-awal tu ingatkan Ara hendak azan. Bak kata Bella, tak tahu nak menangis ke nak murung dengar Ara menyanyi, hehe..
Ara Adreanna merupakan anak kedua Bella Astillah. Si kecil ini banyak kerenahnya dan seorang kanak-kanak yang ceria. Ada sahaja celoteh Ara yang dapat ditonton baik menerusi perkongsian oleh Bella sendiri atau pun adiknya, Didi Astillah. Sebelum ini, warganet sudah pun mendengar Ayden menyanyikan lagu terbaru Bella.
Kali ini, suara Ara pula diperdengarkan kepada umum. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bella Astillah, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ara sedang berkaraoke di rumah. Pada awal video, Ara menarik suaranya dan ianya kedengaran seperti orang ingin melaungkan azan.
Mujur lah terpampang lirik di skrin dan warganet mengetahui yang Ara ingin menyanyi lagu mommynya. Suara Ara yang manja itu menghiburkan pendengar. Pada usia Ara yang sudah 5 tahun usianya, Ara boleh membaca dan ramai yang memuji kepandaian Ara itu.

Pada ruangan kapsyen pula, Bella menulis berbunyi ‘ Penyanyi asal dengar ni tak tahu nak menangis ke nak murung. Ara’ dan diakhiri dengan emoji ketawa. Jika nyanyian Ayden menyentuh hati dan mengundang air mata Bella, nyanyian Ara ini boleh membuatkan mommynya terbahak ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@bellaastillah_94 Penyanyi asal dengar ni tak tahu ank menangis ke nak murung 🤯 ARAAAAAA 😂 #LebihIndahBerpisah @Ade Govinda @UMUSIC MY
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ingat Ara nak azan tadi haha.. Comel lah Ara nyanyi.. terpaling galau ni Ara.. Ara dengan papa diq boleh bergabung ni.. kita tengok siapa lebih galau haha.. “
” Selamat bukan bulan puasa ara.. kalau tak, batal puasa sebab berbuka awal.. ingatkan azan tadi awal-awal.. “
” Lagu yg sama emosi yg berbeza cover by ara n ayden.. sorg sedih sorg lg kemurungan. pape pn good job ara berjaya hbiskn nyanyi.. “
” Nasib baik ada lirik.. ingatkan mahu belajar azan dah.. Susah nak tangkap lagu apa tadi, rupanya lagu mommy sendiri haha.. “
” Mini Bella betul si Ara ni.. geram betul buat key chain kang.. Pandainya Ara, sebutannya jelas. dah pandai baca, pandai nyanyi.. bagus Ara.. “
” Terus saya lupa macam mana tune lagu yang betul.. Cutenya Ara, pandai dia menyanyi.. manja suara dia.. “
” Ingat dah nak azan zohor dah.. comelnya Ara sayang haha.. Ada saingan bah kau Bella haha.. suara ara serak serak basah gitu.. “
Kelakar lah Ara ni, ramai yang menyangka Ara ingin melaungkan azan. Apa-apa pun, satu nyanyian yang bagus daripada Ara. Pandai Ara menghayati dan membaca lirik lagu. Semoga Ara juga bakal menjadi penyanyi yang hebat seperti mommy dan berjaya dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

