Artis / Selebriti
” Indahnya suasana kampung Amir, kita tengok pun rasa tenang setenangnya.. ” – Netizen
Video Hawa Rizwana Berkongsi Suasana Di Perkampungan Adik Amir Sisi The Chosen One. Wah Seronoknya Tengok Budak-Budak Terjun Mandi Sungai. Sungai Pun Tepi Rumah Je. Suasana Kampung Yang Bersih, Tenang Dan Mendamaikan !!
Meninjau di akaun Instagram milik Astro Ceria telah dikongsikan satu video yang memaparkan pengacara cantik, Hawa Rizwana berada di kampung penyanyi cilik, Amir Sisi. Selain Hawa, turut ada bersama di sana adalah Putera Muhammad, Atu Zero dan Ikhmal.
Kelihatan pada awal video, Hawa menegur Amir dan rakan-rakannya yang lain. Selepas itu, Hawa berkongsi video kaum wanita di sana sedang bergotong-royong memasak juadah makanan tengah hari. Selepas itu, turut dikongsikan juga tempat orang-orang kampung membasuh baju di sebuah sungai terletak tepi rumah mereka sahaja.
Telatah kawan-kawan Amir sedang mandi sungai telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suasana perkampungan Amir sangat tenang dan boleh dikatakan persekitaran semua kawasan begitu bersih serta menenangkan.
Ada yang mengatakan melihat telatah kawan-kawan Amir mandi di sungai mengingatkan memori kanak-kanak mereka dahulu yang membesar di kampung. Sehingga kini, video itu menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian suasana di kampung Amir dan pelbagai respon diberikan wargnet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Indahnya suasana kampung Amir, kita tengok pun rasa tenang setenangnya.. Untung lah dapat pergi tengok suasana di sana.. “
” Perkampungan orang asli memang best.. Cara kehidupan mereka buat kita rasa damai je.. Bersih betul persekitarannya.. “
” Bestnyee tengok.. Eemm balik je skolah pergi belakang rumah sma kawan2 terjun sungai tiap hari mcm tu seronok kan.. “
” Ni kalau dapat kat anak-anak menakan aku, memang tak kering la, pagi² subuh pun depa boleh berendam.. Hahaha sekali dengan aku pun join.. “
” Best nyaaa.. Seronok tengok tau g perkampungan org asli ni.. Sungainya mashaAllah.. Panas2 ni syok mndi sungai.. “
” Bestnya udara bersih.. Takder pencemaran bunyi…. Main ngan kawan kawan.. Best best best best.. Banyak kenangan tercipta.. “
” Mandi sungai tu paling sempoi tengok weh, dah tak payah nak gi theme park.. Kecepur terus belakang rumah je, hehe healing betul ni.. “
Sejuk mata memandang kehijauan di kampung Amir. Meskipun di sana kelengkapan infrastruktur tidak begitu lengkap, namun ianya sangat tenang daripada kesibukan di kota. Apa-apa pun, jangan lupa tonton rancangan ini setiap hari Rabu dan semoga dapat memberikan sedikit sebanyak kepada kita ‘pengalaman’ kehidupan perkampungan Orang Asli.
Silakan SHARE..
Sumber : IG astroceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Falah pandai menyanyi, sedap suara ketua. Part last tu lawak, adoi ketua.. ” – Komen Netizen