Artis / Selebriti
” Aku yang menangis. Achey kau memang patut buat semua ni untuk Anne.. ” – Netizen
Video Achey Bocey Buat Kejutan Ketika Sambutan Ulangtahun Kelahiran Isterinya, Anne Buat Ramai Tersentuh. Wah Special Betul Hadiah Birthday Achey Untuk Anne Tahun Ini. Sebak Tengok Anne Menangis, Mesti Tak Sangka Achey Bagi Hadiah Tu !!
Pasangan Anne dan Achey Bocey antara pasangan yang jarang dihimpit sebarang kontroversi dan bersih imejnya di mata warganet. Sama-sama berusaha menaikkan taraf hidup mereka dan bersusah senang mengharungi segala cabaran dalam berumahtangga, kisah pasangan ini seringkali menarik perhatian ramai.
Menerusi akaun Instagram Anne Achey, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika Achey membuat kejutan hadiah hari lahir untuk Anne. Majlis sambutan ini dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan penyokong-penyokong Achey.
Cerita Anne di ruangan kapsyennya, patut lah sebelum ini Achey seakan menjauhkan diri daripada Anne, rupa-rupanya Achey merancang kejutan yang tidak disangka-sangka langsung. Untuk hadiah ulangtahun Anne tahun ini, Achey membelikan Anne sebuah kereta.

Kata Anne, kereta ini memang sudah lama menjadi kereta idamannya. Anne turut mengucapkan ucapan terima kasih untuk Achey atas kebahagiaan yang dicurahkan kepadanya itu. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang meraikannya pada majlis itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Anne ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Happy besday beb.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik2 dan menjadi isteri yg terbaik dalam keluarga tersayang.. ”
” Alhamdulillah semoga kekal sampai syurga.. Smga murah rezki achey bhgiakn isteri, Happy Birthday Akak Anne Sayang.. ”
” Tahniah.. achey kau mmang patut buat smua ni.. anne owg yg ada saat kau x de apa dlu.. now kau sntiasa ada dgn dia saat kau capai kejayaan. syukur. moga sentiasa bahagia.. ”
” Kenapa aku menangis .. happy ye.. Suami yg bahagiakan isterinya mmg rezeki akan jd sgt murah dan mewah.. Happy birthday sis…. bahagia selalu ya.. ”
” Happy bornday mama tiara.. you deserve it sis.. semoga rumahtangga anne & achey kekal sampai ke syurga.. ”
” Aku yang menangis.. semoga di bulan Syawal ini, Allah makbulkan segala doa-doa Achey dan Anne.. Amin.. ”
” Happy tengok, dalam masa yang sama menangis.. Achey contoh suami yang selalu menghargai isteri, susah senang bersama selamanya.. ”
Ikhlas hati seorang suami menghargai segala pengorbanan seorang isteri yang membuatkan ramai tersentuh hati menonton video ini. Selamat hari lahir Anne dan semoga Allah sentiasa pegang hati dan kasih sayang kalian berdua sehingga ke jannah, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen



