Artis / Selebriti
” I takut I nak kahwin bukan dengan bujang, dengan duda anak 3.. ” – Madammu
Madammu Kongsi Kisah Throwback Ketika Mula-Mula Bertemu Keluarga TP Sebelum Kahwin Dulu. Wah Memang Menjadi Tips Madammu Ni, Sampai Seluruh Keluarga Lulus Madammu Menikah Dengan TP. Part Ayah TP Tanya Direct Nak Kahwin Ke Tak Dengan TP Tu Kelakar !!
Semua sedia maklum, pengasas kosmetik Noir Health & Beauty iaitu Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra dengan gelaran Madammu menikahi suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang merupakan duda anak 3. Menggelarkan suaminya itu sebagai TP ( Tuan Penasihat ), kisah cinta mereka juga menarik.
Bukan mudah untuk mengambil hati keluarga, apatah lagi menjadi ibu yang baru kepada anak-anak TP. Perlu melepasi ujian dan mendapat kelulusan daripada seluruh ahli keluarga TP. Meninjau akaun Tiktok Nzu9294, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Madammu bercerita tentang tips memikat hati mentua.
Cerita Madammu, pertama kali TP membawa Madammu untuk bertemu keluarga, Madammu sudah tahu apa yang perlu dilakukannya. Kata Madammu, benda yang paling mudah adalah ke dapur. Menunjukkan kepakaran memasak dan sifat ringan tulang, itu menjadi penyelamat Madammu.

Lawak mendengar Madammu bercerita, habis segala pinggan mangkuk dan periuk belanga dibasuhnya. Tidak cukup itu sahaja, vacuum rumah pun Madammu buat juga. Bab memasak memang hebat lah, sampai pelbagai hidangan dimasak oleh Madammu.
Jom tonton video di bawah :
@nzu9294 Cerita tergantung CL call Kayden nak susu.. live madam sekarang banyak iklan uolss 😆 #noir #madammunoir #ladyofnoirmalaysia
@nzu9294 Sambungan Tips pikat hati mentua 😆 #noir #madammunoir #ladyofnoirmalaysia
Siapa sangka perkenalan hanya beberapa bulan membawa Madammu dan TP ke jinjang pelamin. Bak kata Madammu, TP jenis berkawan bukan untuk main-main. Rupa-rupanya Madammu dan TP berkenalan menerusi applikasi Wechat. Kalau dah jodoh kan, yang mustahil pun jadi mudah.

Apa-apa pun, keputusan Madammu untuk menerima lamaran TP itu keputusan yang tepat. Anak-anak dapat merasai kasih sayang seorang ibu dan Madammu juga bahagia bersama TP. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nzu9294, IG Madammmu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti1 day ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

