Artis / Selebriti
” I am so grateful to have officially turned 4 today. Thank you for your prayers always.. ” – Nur Fatima Aisya
Gambar-Gambar Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Bersama Kek Hari Lahirnya Yang Ke 4 Tahun. Wah Fatima Dah Ada Akaun Instagram Baru Lah. Comel Birthday Girl Ni !!
Tanggal 2 Oktober, pada hari ini genaplah usia anak perempuan pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Sebelum ini Fazura turut menitipkan ucapan dan kata-kata istimewa buat Fatima di Instagram miliknya.
Malah bukan Fazura sahaja, Fattah juga tidak ketinggalan memuatnaik video kenangan bersama Fatima dan berkongsi ucapan buat anak kesayangannya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Fatima, Fazura berkongsi beberapa gambar Fatima bersama kek hari lahirnya. Untuk makluman, ini adalah akaun Instagram baru yang diwujudkan untuk Fatima.
Kelihatan kek hari lahir Fatima pada tahun ini adalah bertemakan kartun Unicorn dan ianya adalah antara kartun yang disukai oleh Fatima sendiri. Fatima kelihatan begitu teruja melihat kek hari lahirnya di samping belon-belon yang turut ada di sisinya.

Baru sahaja dimuatnaik beberapa jam, posting yang dimuatnaik di akaun Instagram terbaru Fatima ini menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Perkongsian ini turut dapat dilihat menerusi akaun Instagram milik Fazura juga.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya )
Mungkin pada tahun ini, sambutan ulangtahun Fatima tidak diraikan secara besar-besaran seperti sebelum ini seperti yang dimaklumkan di perkongsian di Instagram Fazura pagi tadi. Tidak mengapa Fatima, yang penting Fatima sentiasa happy di samping keluarga tersayang.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat kesayangan ramai, Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Semoga Fatima membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fatima, Fattah dan juga Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen

