Connect with us

Artis / Selebriti

” Hayyo cik adik manis, pakai spec malam-malam mau pergi mana. Haha.. ” – Fattah Amin

Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Melaram Malam-Malam Buat Peminat Terhibur. Amboi Dengan Spek Hitam, Bukan Main Lagi Nyanma Ye. Mommy Tu Keras Perut Tahan Gelak, Hehe !!

Baru sahaja beberapa hari yang lalu Fazura ada berkongsikan gelagat anaknya, Nur Fatima Aisya yang asyik mengilatkan kuku menggunakan alat mainan makeup nya. Sudah mula menunjukkan minat suka makeup, Fazura dan Fattah membelikan sebuah meja makeup untuk kesayangan mereka ini.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima yang mencuit hati. Walaupun sudah lewat malam, mata Fatima nampaknya masih segar kerana asyik bermain.

Fazura yang merakam secara diam-diam telatah Fatima ini juga tidak mampu menahan ketawa. Mommy gelak dulu sebelum tegur Fatima. Dengan spek hitam merah jambunya itu, cincin pun bertingkat-tingkat disarung ke jari, aduhai comel sungguh Fatima.

Budak perempuan apabila sudah besar beginilah gayanya, asyik hendak melaram sahaja. Ini mesti Fatima selalu melihat mommy bersiap. Spek hitam pun, jari tetap kena kilat ye Fatima. Lucu sangatlah Nyanma ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih hampir 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hayyo cik adik manis pakai spec malam-malam mau pergi mana haha.. ” – Fattah Amin

” Mommy keras perut tahan gelak haha. Ya Allahh Nyama, sayangkuu apa dah jadi dgn spek itam melaramm memalamm.. “

” Fatima dah pandai melaram ya. Budak perempuan mmg mcm ni. itu tanda nya dia dh besar.. “

” Auntie terhibur malam ni nyamma oii… habislah bam tah.. anak daghe dah pandai melaram… kan main banyak cincin dia pakai. nak gi mana tu ?? pavi pun dah tutup malam2 ni.. “

” Miss ni macam2 peel lah. Pakai spek tak tinggal. Nampak tak nampak lain cerita janji gaya mau ada haha.. “

” Mommy gelak siap-siap sebelum tegur haha. Soooo little Fazzy. Can see she gonna be a diva like her mommy one fine day hahahah..

” Bertingkat-tingkat cincin haha. Kemain dgn cincin tu, nail polish, sunnies dlm rumah. Kal4h mami jar0m tau haha.. “

Ad0ilah Fatima, kalau tak kena gaya mommy pun kal4h dengan Fatima nanti. Gelap pun gelaplah ye Fatima, janji Fatima dapat melaram. Ini Fatima baru pandai guna pengilat kuku, tunggu sedikit masa sahaja lagi, licinlah semua barang makeup mommy, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT