Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari-hari gad0h tapi bila tak ada tercari-cari.. ” – Uqasha Senrose

Perkongsian Uqasha Senrose Sempena Ulangtahun Perkahwinannya Yang Ke 2 Bersama Kamal Adli Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweetnya Ucapan Tu, Tom And Jerry Rupanya. Happy Anniversary Sweet Couple !!

Pejam celik, pejam celik, sudah 2 tahun usia perkahwinan pasangan sensasi, Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Pelbagai dugaan dan rintangan telah pun dihadapi oleh mereka bersama. Susah senang bersama, banyak pengalaman dan pengajaran yang mereka perolehi sepanjang perkahwinan ini.

Meninjau akaun Instagram Uqasha Senrose, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Uqasha dan Kamal menyambut anniversary mereka pada tahun ini. Dapat dilihat, Uqasha menerima sejambak bunga ros daripada suami kesayangannya ini.

Klik gambar untuk info..

Seperti biasa, merpati dua sejoli ini selalu romantis apabila bersama. Rupanya dalam terlihat sweet, sering juga bergad0h di rumah. Dalam ucapan Uqasha pada ruangan kapsyen, ada diberitahu walaupun hari-hari mereka bergad0h tetapi apabila tiada di depan mata, mula lah tercari-cari.

Adat rumahtangga, ada pasang dan surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan lagi suami isteri. Uqasha juga menzahirkan rasa syukurnya atas kebahagiaan mereka ini. Apa jua yang datang, Kamal setia dan teguh mempertahankan rumahtangga mereka.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

Perkongsian oleh Uqasha ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Happy anniversary you two.. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Aminnn.. ”

” Happy anniversary to both of you.. Semoga kekal hingga ke jannah.. love you both so much.. ”

” Happy anniversary sha & kamal , lovely couple.. semuga bahagia till jannah.. Jarang artis guna abang utk suami. You sound soooo sweet bl panggil ur hubby abang.. ”

” Berumahtangga ni bukn mudah. Kesabaran… Semangat… Niat kerana Allah. Buruk atau baik mcm mn pun pasangan kita. Kita kne berdoa bnyk². Allah SWT yg maha mengetahui. Sy doakn pasangan ini kekal hingga syurga. Berkasih syg kekal selamanya. Beribadah bersama². Insyaallah.. ”

” Selamat ulangtahun perkahwinan Kamal & Qasha. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat, diberikan zuriat secepat mungkin, diberi kesihatan yang lebih baik, diberi rezeki yang luas dan dipermudah segala urusan. Amin.. ”

” Simple je celebrate anniversary x payah pergi tmpat mahal2.alhamdulillah semoga allah kurniakan zuriat Dan kekal bahagia hingga jannah aamiin.. ”

” Happy 2nd Anniversary dearest Qasha & Kamal. May Allah SWT Bless you & Kamal always & forever.. I pray you & Kamal will be blessed with lots of kids soon, Amin.. ”

Klik gambar untuk info..

Alahai sweet Uqasha panggil Kamal dengan panggilan ‘ Abang ‘. Walaupun simple sahaja sambutannya, ia pasti menjadi kenangan untuk mereka berdua. Happy anniversary Uqasha dan Kamal daripada kami di Berita Kopak dan semoga ikatan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Uqasha Senrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT