Artis / Selebriti
” Hanif cakap suara I sama macam Mak Iti. Padahal I tak nyanyi pun, I miming je.. ” – Anzalna Nasir
Video gelagat Anzalna Nasir miming lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza di majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman buat ramai terhibur. Hanif cakap suara Anzalna macam Tokti. Anzalna kata nampak sangat Hanif tipu dan nak ambil hati, hehe..
Gelagat pasangan selebriti Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hanif berseloroh mengatakan bahawa suara Anzalna kedengaran sama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Video yang berdurasi beberapa saat itu dirakamkan ketika di majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman baru-baru ini. Ketika majlis tersebut, Dato’ Seri Siti telah membuat persembahan dan ketika itu Anzalna hanya membuat miming sahaja menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti.
Moment comel ini membuat ramai terhibur dengan kemesraan pasangan ini yang sememangnya dikenali dengan gurauan manja dan saling menyakat antara satu sama lain. Walaupun hanya sekadar miming, aura dan gaya Anzalna tetap memukau di samping suaminya yang sentiasa memberi sokongan penuh.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Anzalna turut berkongsi screenshot perbualannya bersama Amira dengan menyatakan majlis resepsi Amira tersangatlah menyeronokkan.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk video seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan suami dan isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hanif tu mesti lelaki paling bahagia kan ada wife mcm Anzalna ni! Hahahahha love you long time anzalna tak pernah tak kelakarrr.. “
” Boleh tk nak doa bagi pasangan ni kekal berkasih sayang tanpa ada orang ketiga keempat kesepuluhhh. Tolongg eh jangan ganggu pasangan niii.. “
” Ni kalau suh kak anzalna nyanyi mmg fia duk tergelak je la kat situ nanti..sampai habis majlis tak nyanyi duk gelak.. “
” Cewah Hanif control behave je DPN rmai org ..KLO DKT rumah gelak kah kah kah tuh.. Selalu terhibur baca caption dia ni.. “
” Berangan suara awak pun tak keluar.mulut aje yg gerak.. sekarang bru aku fhm kenapa dia dan amira blh berkawan nampak ayu lembut tapi random.. “
” Tgk hanif gelak tau dah suara u mmg amaiiiiiiyyyyyjing punyalah. baik laki bini anak semua masuk air .. Moga bahagia la keduanya hingga kejannah.. “
” Amira pun dh jangkit gelak anzalna ni apapun suka tngok lovely couple ni..dorang be like lantak la haters nk cakap apa..mereka dalam dunia mereka yg harmoni dan gembira suka…aaaa gituh…suka suka suka.. “
Tidak kira berapa kali pun mereka muncul di media sosial, pasangan Hanif Zaki dan Anzalna Nasir ini tetap menjadi kegemaran ramai kerana kejujuran dan kemesraan mereka yang spontan. Gurauan seperti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menunjukkan hubungan suami isteri yang saling menghargai dan penuh kasih sayang. Semoga pasangan ini terus bahagia dan kekal romantik sampai bila-bila!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

