Artis / Selebriti
” Handsome betul eh Eidrees. Yang gegirl semua tu pun lain macam jelitanya.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Anak Sulung Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees Bersama-sama Sepupu-Sepupu Perempuan Curi Perhatian Warganet. Alahai Makin Handsome Lah Eidrees Sekarang. Yang Perempuan Pun Semua Cantik Jelita Macam Mummy Masing-Masing !!
Seminggu lalu, pelakon Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada pelakon Anzalna Nasir telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz. Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di sebuah hotel terkemuka dan dinikahkan sendiri oleh ayah Afifah iaitu, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
Majlis pernikahan pasangan ini bertemakan warna putih dan diadakan secara tertutup serta dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat saja. Selepas itu, pengantin baru ini juga mengadakan majlis resepsi yang begitu meriah dihadiri oleh sahabat dan ahli keluarga.
Meninjau di akaun Instagram milik Anzalna, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan anak sulungnya, Mohamad Eidrees bersama anak-anak kakak dan adiknya, Diana Nasir dan Nazirah Nasir. Tulis Anzalna, dia menyayangi anak-anak saudaranya seperti anak kandungnya. Anzalna turut berterima kasih kepada kakak serta adiknya kerana mempunyai anak-anak yang cantik.

Seloroh Anzalna lagi, Eidrees menyukai anak kepada adiknya Ella, dan namun kesian kerana mereka adalah sepupu. Alahai, sepupu pun boleh kahwin tau Anzalna, hehe. Perkongsian gambar-gambar ini telah mencuri perhatian warganet. Ramai mengatakan suka melihat Eidrees dan sepupu-sepupu perempuannya.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Eidrees dan sepupu-sepupunya. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Handsome betul eh Eidress. Yang gegirl semua tu pun lain macam jelitanya.. Apa salahnya, spupu pun boleh kahwin, hehe.. “
” Besar dah anggun anggerik.. Teringat ade satu video Anggun Anggerik terkejut kena sergah dengan Anzalna, haha.. “
” Eidrees makin besar makin tampan.. Tangkap lah lagi gmbr2 budak2 ni semuanya cantik2, cute, comel. Suka tgok gmbr budak2 ni semua.. “
” MashaAllah comel2 nyaaa semua. Aunty ade 3 anak boy. Hahahaha sempat.. Ella tu kannnn mmg diva eh jln pn.. “
” Awww… They are all so cute and sweet. Semua cantik2 mcm your sibling. Handsome pulak ada boys seketoI.. “
” Alaaa… Kecil2 dah hensem… Kecik2 dah comel… Tak sabar nk tggu comel2 ni besar, mesti mereka semua cantik.. “
” Masyallah.. Semoga membesar sebagai ank2 yg soleh dan solehah… Amiin.. Insyaallah nanti ada lah rezeki Anzalna dapat baby girl.. “
Semakin besar makin kacak Eidrees, dah macam anak orang putih. Amboi Eidrees, tersuka pula dengan sepupu yer. Warganet mengusik mengatakan apa salahnya jika Eidrees berjodohan dengan Ella kerana pertalian sepupu boleh berkahwin. Mana tahu ada jodoh kan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anzalnanasir88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen



