Artis / Selebriti
” Makin kelakar Tok Ram sekarang ni. Kering je jawapan dia bagi, haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Ramli MS Menjawab Pertanyaan Kecik Adakah Hadir Ke Program The Hardest Singing Show Untuk Support Datin Alyah. Lain Pula Jawapan Tok Ram Bagi Dekat Kecik. Terkejut Kecik Dibuatnya, Haha !!
Program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show telah pun bermula untuk minggu pertama pada 12 Mei baru-baru ini. Program ini berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ yang disertai seramai 9 peserta individu dan berkumpulan.
Peserta-peserta yang terlibat adalah Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Ramli MS atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ram turut hadir ke program The Hardest Singing Show . Kelihatan pengacara Lawak atau Koyak, Khalique atau Kecik bertemu dengan Tok Ram untuk bertanyakan soalan.

Kecik menyakat Tok Ram dengan berkata Tok Ram datang ke program tersebut untuk memberikan semangat kepada isterinya, Datin Alyah. Namun tak disangka, Tok Ram menjawab yang dia tidak tahu yang Datin Alyah ada di program itu kerana Tok Ram datang sebagai jemputan untuk mempromosikan program Projek Bapak-Bapak.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Tok Ram dan dalam masa yang sama mereka juga menyukai persembahan Datin Alyah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Makin kelakar Tok Ram sekarang ni. Kering je jawapan dia bagi dekat Kecik, haha.. Terhibur tengok, hahha.. “
” Tgk tok ram ni makin lama makin muda plk.. Kalau dlu nmpk dy tua dri umur.. Sekarang pun dah makin kelakar sejak join Bapak2.. “
” Lepas join bapak² ni, kuat menyakat Tok Ram yer.. Power betul Datin Alyah tarik sesal separuh nyawa. Padahal dah 10 tahun.. “
” Terbaik Persembahan Datin Alyah.. Suara maintain je macam dulu.. Sekarang makin cantik n ramping macam semut.. “
Terkejut Kecik dengan jawapan yang diberikan oleh Tok Ram. Usik warganet, Tok Ram sekarang makin kelakar sejak menyertai rancangan Projek Bapak-Bapak bersama rakan-rakannya yang lain, Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Jatt Ali.

Sementara itu, ada juga memuji persembahan minggu pertama yang dilakukan oleh Datin Alyah. Untuk sekadar info, pemenang The Hardest Singing Show minggu pertama dimenangi oleh Ayda Jebat yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen



