Artis / Selebriti
” First time tengok wife ahli kumpulan Senario, lawa-lawa belaka isteri mereka ya.. ” – Komen Netizen
Video ahli kumpulan Senario bersama isteri mereka raih perhatian ramai. Wah, cantik-cantik semuanya dan awet muda sangat..
Selepas 30 tahun melakar sejarah dalam dunia komedi dan hiburan tanah air, Kumpulan Senario kembali bergabung dalam sebuah konsert mega yang sudah lama dinantikan peminat iaitu The Last Kopek : Senariounion 30 Tahun. Konsert ikonik ini bakal berlangsung pada 25 April 2026 di Idea Live Arena.
Ia menandakan detik bersejarah buat enam anggota asal yang pernah menggegarkan industri dengan lawak bersahaja, sketsa segar dan lagu-lagu yang masih diingati hingga hari ini. Mereka ialah Wahid, Apek, Yassin, Azlee, Lan Pet Pet dan Ilya Buang ( Pak Ya).
Menerusi akaun Instagram F8Buzz, perkongsian sebuah video yang memaparkan kesemua isteri-isteri mereka telah meraih perhatian ramai. Ini merupakan kali pertama kita melihat ke semua para isteri mereka kepada umum dan kesemuanya cantik-cantik belaka. Nampak sama cantik dan sama padan kesemuanya.

Ada juga para peminat yang tidak menyangka bahawa masing-masing sudah beristeri terutamanya Apek kerana jarang sekali melihat isterinya di media sosial. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Muka isteri pakya, seiras muka Pakya. Jodoh kuat betul. Senario the best! Terima kasih hiburkan waktu kanak2 kami.. “
” Dari aku sekolah rendah sampai nak msuk 40an ni aku baru tgok org2 rumah geng senario.. depa mmg x expose langsung anak bini depa sewaktu zaman kegemilangan depa dlu.. hari ni pon kita x tau sapa anak2 senario ni.. salute.. “
” Aku mati mati ingat Apek tu duda. Wah lawa2 belaka isteri mereka ya,munkin selalu gelak kot maklumlah suami pelawak kan.. “
” Br Tau apek da Bni.. igt bujang tlajak. First time tengok wifey senario diorg very privacy Yaa.. umur nak masuk 39 dh next year baru dpt tengok wife masing2.. “
” Lawo btul Bini abg Lan.. betul2 smua anak Che wan cantik belaka… Alhamdulillah semua sihat walafiat, geng² yg mengisi zaman kami budak².. “
” Baru la nampak muka bini otai2 haha cantik2 je semua .. Isteri yasin aku nmpk skali imbas mcm zulin aziz weh.. Bini apek lawo 1stime nampak.. “
” Ok, lepas ni cuba buat filem yang libatkan seberapa ramai famili daripada kalangan Senario Semoga terus berkarya, sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus success.. “
The Last Kopek bukan sekadar persembahan, ia adalah tribute, reunion, dan celebration untuk 30 tahun keajaiban komedi Malaysia. Bersedia untuk ketawa besar, bernostalgia dan meraikan enam legenda yang telah memberi warna dalam hidup jutaan peminat sepanjang tiga dekad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Key note suara dia macam Hafiz Suip. High note dia tarik pun sedap, suara paling solid.. ” – Komen Netizen

