Artis / Selebriti
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin, Amira Othman dan Irfan Haris menyanyi lagu Satu Shaf Dibelakangku ketika live buat ramai teruja. Amboi Abang Long, part lirik ‘ku mencintaimu’ tu tepat pandang muka Kak Long. Irfan punya blushing memang tak boleh bawak bincang, haha..
Rissa Skin sekali lagi membawakan duta mereka, Fattah Amin dan Amira Othman untuk live bersama di Tiktok. Sebelum ini Bell Ngasri dan Pak Azad pernah menemani Fattah dan Amira live dan kali ini, artis jemputannya yang terpaling dinanti-nantikan iaitu adik kepada Amira, Irfan Haris.
Buat warganet yang mengikuti akaun Irfan di Tiktok, pastinya mengetahui yang Irfan terlalu meminati Fattah. Irfan juga digelarkan sebagai ketua netizen dan selalu spill the tea mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara Fattah dan Amira. Kerisauan Fattah dan Amira sekiranya Irfan tidak ‘behave’ ketika live benar-benar terjadi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cik Dotty, telah dikongsikan antara sedutan menarik ketika live tersebut. Bagi menghargai semua peminat yang membeli produk, Fattah dan Amira menghiburkan semua dengan menyanyikan lagu Satu Shaf Dibelakangku.
Lagu ini antara lagu kegemaran Amira dan Fattah dan terjadi sesuatu yang di luar jangkaan ketika Fattah menyanyi. Ketika mengalunkan lirik ‘ Ku mencintaimu ‘, Irfan menyedari kelakuan Fattah yang sweet secara terbuka dan ianya benar-benar terjadi depan mata Irfan.
Jom tonton video di bawah :
@cik.dotty more vitamins😘😍 cr live :amiraothmanofficial #amiraothman #irfanharis #fattahamin #aofa #fattmira #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #artismalaysia #trending #videoviral #videoviral #masukberanda #fypviral #tiktokmalaysia🇲🇾
Lebih 7000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia dh tenung penuh perasaan pastu 2saat kemudian dia mcm bru tsedar… hahaha.. pastu tak mengaku, bang long tak boleh sorok dah, mata tu mata tu.. “
” Abang Long terkena panahan cinta kak long hehe. Fattah pn dah semakin x behave, sbb ipan ada punya psal haha.. tapi suara Fattah makin sedah weh.. “
” Lama-lama irfan dok ngan fattah ni, memang makin baik nyanyian fattah . Fatah x terkawal mlm ni. time nyanyi “ku mencintaimu” dia dh smpi ke bulan, tak sedar tgh live haha.. “
” 64 kali dah ulang.. memang confirmed part ‘ku mencintaimu’ tepat pndang k.long.. “Kak, tepi sikit. Nak tengok muka Abg Long tengok muka Akak”. function terukkk Ipan malam ni.. “
” Ok mmg nmpk fattah pndg amira ye.. fattah tiba2 ke alam lain kejap tiba2 tersedar balik hehe.. Fattah suara dah harmoni.. best dengar.. “
” Aku genster tau,tapi aku blushing tengok fatah amin pandang Amira bila dia nyanyi “ku mencitaimu”.. btul.. kmi nmpak clear tau.. terima ksh irfan.. “
” Aku pulak senyum bila fattah tengok amira.. abg long nak pandang kak long pon dah serba salah lepas ipan tegur tu.. jenuh agak nye dia kawal mata dia.. “
” Aku ulang banyak kali ‘ ku mencintaimu ‘ sambil tengok Amira tak kelip mata.. terjebak dengan dorang sebab si budak irfan ni tak habis habis blushing ahaha cute aku laaa.. “
Jelas betul renungan Fattah memandang Amira itu. Sesi live FattMira yang terpaling blushing gara-gara ada Irfan yang suka mengusik. Bak kata netizen, function teruk ketua netizen ni, malu-malu Fattah dan Amira sepanjang live. Bak kata Irfan pula, ‘cramp’ pipi sebab selalu senyum, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen