” Eloknya anak mix ni. Rambut ori ke tu. Handsome boy.. ” – Netizen

Wajah Terkini Anak Mat Dan, Muhammad Zayne Daniel. Rambut Tu Lagi Nampak Mat Sallehnya. Cute !!

Siapa tidak kenal personaliti popular, Mat Dan. Kepetahan beliau bercakap dalam loghat Terengganu menjadi satu keistimewaan pada jejaka ini. Mat Dan adalah pengacara program Mat Dan Kaki Jalan. Selain itu Mat Dan juga merupakan duta pelancongan bagi negeri Terengganu.

Mengahwini gadis tempatan bernama Nadifa Adnan, Mat Dan dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Zayne Daniel James Tyler. Mat Dan suka berkongsi berbagai cerita di akaun Instagramnya. Banyak video dikongsikan untuk tontonan peminat. Zayne sentiasa ada ketika Mat Dan membuat live. Gelag4t Zayne memberi salam dengan nada pelat mencuit hati.

Gaya Mat Dan bercakap dengan anaknya dalam bahasa Melayu mendapat pujian ramai peminat. Zayne juga suka bercakap walaupun belum fasih dan  seorang kanak-kanak yang ceria. Mat Dan juga pernah berkongsi gaya Zayne belajar menggunakan bahan bacaan yang mudah untuk dipelajari.

Meninjau akaun Instagram milik Mat Dan, telah dikongsikan sekeping gambar terkini anaknya Zayne. Bercerita mengenai gelagat Zayne yang excited untuk mengambil ibunya di KLCC, namun tertidur dalam kereta sebelum sempat sampai. Alahai comelnya muka dengan rambut keperangannya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Muka ‘mengantuk’  Zayne ini menarik perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Hi zayne! Handsomenya you, boy. tgk muke mcm dilan je.. “

” Eloknya anak mix ni. Handsome boy. besor doh.. “

” Hidung ibu, mata macam ibu jugak tapi keseluruhan nampak macam anak omputih.. Camno tuh.. “

” Alolololo comel sgt zayne ni eee.. “

” Rambut brown, ori ke tu.. Comel laa Zayne ni.. “

” Hensemnya.. bila nak Ada Adik? Kalau Adik perempuan mesti cantik.. “

” Kenapa comel dan handsome sangat nii Zayne. Atommm Zayne.. “

Memang ger4m tengok muka Zayne ni. Muka mengantuk pun rambut tetap mantain. Brown gitu. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Zayne sentiasa sihat, membesar dengan sempurna, menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..