Artis / Selebriti
” Effortless betul lah nyanyi sambil duduk pun suara power.. ” – Komen Netizen
Video Shila Amzah menyanyi sambil duduk raih pujian ramai. Wah, meremang dengar suara Shila menyanyi sambil duduk pun tetap padu. Macam tu je Shila tarik suara part tinggi..
Meninjau ke akaun Instagram Xtra, perkongsian sebuah video yang memaparkan Shila Amzah menyanyi sambil duduk telah meraih perhatian ramai. Wah, bukan mudah untuk mengawal suara jika menyanyi sambil duduk tetapi nampak mudah buat Shila.
Tiada perbezaan langsung dari segi suara nyanyian Shila apabila menyanyi sambil duduk. Shila boleh menyanyi dengan suara yang cukup lantang tanpa menggunakan mikrofon. Inilah dikatakan seorang penyanyi yang cukup professional dan legend.
Sekadar info, Shila bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Shila cukup terkenal di negara China dan berjaya membina kerjayanya di sana. Shila sering berulang alik dari Malaysia dan China untuk tuntutan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Lagu yang dinyanyikan oleh Shila ini berjudul Memori Tercipta yang cukup popular dari dahulu sehingga kini. Lagu yang cukup indah dari segi liriknya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dia anak yg baik berbakti rezekinya luas.. mic pun “terpelanting”. power.. kenapa aku nampak china ni bebetul hargai shila amzah ni berbanding industri Malaysia.. “
” Power. X perlu pakai mic pun suara dh merdu professional .. Ini baru betol suara Powerrr…bukan mcm lg sorg tu..suara xpower, mencapap perasan power gila plak tu siap buat lagu raya.. “
” Meremang bulu roma ku…. lagu paling fav,lagu bnyak kenangan. teringat kat kem PLKN BIDOR PERAK..,lagu di gunakn bila last kat sana….,rindu pada sahabt2 saya.. “
” Power.. bayangkan kalau dia mengaji Quran, perghh mesti syahdu.. No mic needed dasyhat laaa Shila .. Projection sore dia.. “
” Effortless betul la nyanyi sambil duduk pun suara mantul.. ak pernah tgk shila amzah nynyi depan2 mcm ni.. sumpah hebat gler.. suara dia over power.. “
” Paling sedap dia nyanyi i suka tibetan plateau masa pertandingan dekat China. I nangis ye.. cm xperlukan mic dan sgt kuat.. “
” Bagilah dia ni anugerah,org negara china banyak dh kenal lagu Malaysia melalui shila…knapa susah sgt nak angkat dia ni,daripada bbnu yg ntah ape2 dpt award mcm2 tu.. “
Bakat nyanyian Shila sejak dari kecil lagi sememangnya tidak usah disangkal lagi. Shila sememangnya mempunyai bakat yang cukup besar. Semoga Shila Amzah terus berjaya dalam bidang nyanyiannya di Malaysia dan juga antarabangsa. All the best buat Shila..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

