Artis / Selebriti
” Dunia artis ni, pusing-pusing situ jugak. So sweet korang.. ” – Netizen
Video Temubual Bersama Datin Intan Najuwa Dan Suami, Datuk Ahmad Asfar Azman. Wah Sweet Sangat Kisah Pertemuan Intan Dengan Asfar Ni. Tak Sangka Pula Kawan Baik Asfar, Si Duda Melet0p Tu Yang Recommend Intan Pada Asfar. Kalau Sudah Jodoh Tak Ke Mana !!
5 hari sudah berlalu sejak pelakon kecil molek, Intan Najuwa sah disatukan dengan pasangannya, Datuk Ahmad Asfar Azman. Dalam diam, Intan menjalinkan hubungan cinta bersama Datuk Azfar dan ramai yang tidak dapat menghidu hubungan istimewa mereka itu.
Meninjau akaun Instagram Eh Malaysia dan Majalah Nona, telah dikongsikan video yang memaparkan kemunculan Intan dan suami buat pertama kalinya bersama di Rizman Ruzaini KLFW. Nampak berseri-seri wajah pasangan pengantin baru ini dan tidak putus dengan senyuman di wajah mereka.
Ramai juga memuji wajah baby face yang dimiliki oleh Datuk Asfar. Intan dan Datuk Asfar turut berkongsikan kisah pertemuan dan percintaan mereka yang tidak didedahkan sebelum ini. Siapa sangka rupa-rupanya, bekas suami Nora Danish dan Fasha Sandha, Jejai Ashram Ramli yang merancang untuk menyatukan Intan dan Datuk Asfar.

Intan turut berkongsikan sifat Datuk Asfar yang membuatkan dia terpaut iaitu penyayang dan pandai melayani seluruh ahli keluarga Intan. Betul kata Intan, perkahwinan bukan untuk setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat. Datuk Asfar pilihan yang tepat untuk melengkapi hidup Intan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Her husband looks much younger here compared with the nikah photos. Muka baby face lah suami Intan ni.. comel je.. ”
” So sweet sangat sepadan lovee.. Kan klu suami dia pkai spek baby face sgt, pangkat dato tp nmpk mcm prgai2 org biasa jak.. ”
” Dunia artis ni, pusing2 situ jugak… kwn pd jejai, jejai kwn pd si polan, artis tu kenal melalui kwn artis yg ni hehe.. so sweet korang. Moga bahagia until jannah ya.. ”
” Matang bijak dan petah bercakap.. daapt suami pula jnis pndiam pndgr je.. beruntung . yg bini jnis pndiam dapat suami pnas baran pulak, suka mar4h2 seronk dpat pasangn macm kawan .. tahniah intan.. mmlih llki bujang.. ”
” Dato ni pemalu sangt sampai tak nak bukak mulut.. Matang berbicara… bagus intan sangat menjaga.. Pandai Intan ni senyap-senyap tup tup kawen ni baru betul.. ”
” Beauty with brain, semoga berbahagia till jannah. Good Intan. Respect each other. Have a lovely married life. Serius nampak muda, mcm umor sebaya,, tahniah idola.. ”
” Suka tgk couple ni, memang sepadan dan sesuai sangat. so sweet lah, intan banyak cakap, datuk pula jenis pemalu hehe.. ”
Tumpang bahagia melihat kegembiraan yang dikecapi oleh Intan Najuwa sekarang. Teruskan saling memahami dan bertolak ansur kerana itu kunci kebahagiaan dan keamanan sebuah rumahtangga. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan ceria selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eh Malaysia, IG Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

