Artis / Selebriti
” Didi punya ucapan, aku pulak yang sebak. Bella tahan sebak, sedih tau.. ” – Netizen
Video Ibu Bella Astillah, Siti Zarina Astillah Menangis Ketika Dapat Surprice Call Daripada Didi Astillah Buat Warganet Tersentuh. Alahai Bella Pun Tak Dapat Tahan Sebak Dengar Kata-Kata Didi !!
Pada hari ini selebriti cantik manis, Bella Astillah diundang ke Stesen Radio Era sebagai tetamu di segmen 3 Pagi Era bersama Nabil Ahmad dan Radin. Bella ditemani oleh ibunya, Siti Zarina Astillah hadir ke studio Era. Difahamkan Bella dan ibunya hadir istimewa sempena hari ibu yang bakal disambut pada 12 Mei nanti.
Menerusi salah satu sedutan video yang dimuatnaik di akaun Instagram era.je, pihak pengurusan Radio Era telah menelefon adik Bella yang dikenali dengan nama Didi Astillah. Panggilan ini adalah surprise call untuk Mama Bella. Tetapi sebaik sahaja Didi bersuara, Mama dan Bella sudah mengenali suara pemanggil yang menelefon itu.
Didi mengucapkan selamat hari ibu buat Mamanya. Didi mendoakan Mamanya agar dipanjangkan usia dan berterima kasih kerana Mamanya membesarkan dan menjaganya sejak daripada kecil. Selain itu, didi juga mengatakan akan menjaga ibunya selagi ada daya dan kudrat menjaga Mamanya itu.
Dapat dilihat Mama Bella kelihatan begitu terharu dan sebak mendengar ucapan daripada anak tersayang. Bella juga bergenang air matanya ketika mendengar kata-kata adiknya yang begitu menyentuh hati. Perkongsian ini setakat ini telah meraih 3600 ribu tanda suka sejak video ini dimuatnaik.
Tonton video di bawah :
Selain sebak mendengar ucapan Bella, warganet juga turut memuji wajah Mama Bella. Antara komen-komen mereka :
” Dari raut wajah ibu bella dia org yg sgt lembut & memang bella ikut raut wajah ibunya.. IBU Bella ni paling best dia relax cool jerr.. “
” Mama bella comel patut la ank2 helok.. lawa nye bella.. x yah make up tebal pun lawa.. vibes dia lain.. “
” Didi pnya wish aku yang sebak.. Bella tahan sebakk.. Muke didi mcm mama.. keluarga yg baik2.. Didi ade je sentiasa blakang support Bella.. “
” Naik bulu roma dgr ucapan didiastillah didiangelastillah.. Sebak, sedihh tauu.. takpe yg penting aq sokong bella.. “
Pastinya anak-anak akan mendoakan yang terbaik untuk ibu dan ayah mereka. Ibu mana yang tidak tersentuh mendengar kata-kata ucapan yang tulis ikhlas daripada seorang anak. Didi juga antara yang ada bersama kakaknya, Bella ketika susah dan senang.
Seorang ibu pastinya tidak mahu melihat anaknya berduka dan bersedih. Pujian harus diberikan buat Mama Bella yang sentiasa ada di samping Bella walau apa pun yang berlaku kepada Bella. Selamat hari ibu buat Bella, Mama Bella dan semua ibu-ibu di seluruh dunia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin