Artis / Selebriti
” Dia yang salah, tak pandai repair. Pastu dia salahkan kita.. ” – Datin Almy Nadia
Video Datin Almy Nadia menyakat suaminya, Dato’ Fizz Fairuz buat warganet terhibur. Sekali Dato’ Fizz bagi jelingan tajam, mengekek Datin Almy gelak, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon popular, Dato’ Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia, pasti sudah masak dengan perangai pasangan ini yang gemar menyakat antara satu sama lain. Setiap kali mereka memuatnaik video, pasti ada saja gelagat mencuit hati yang membuatkan ramai terhibur.
Meninjau ke akaun Instagram Datin Almy, telah dikongsikan sebuah video baru yang sekali lagi mengundang tawa ramai. Video tersebut merakamkan Datin Almy yang sedang memerhatikan Dato’ Fizz mengemas alatan-alatan membaiki yang berselerak.
Datin Almy berseloroh dengan berkata yang suaminya suka menyalahkan dirinya, sedangkan sebenarnya Dato’ Fizz yang tidak begitu mahir melakukan kerja-kerja membaiki. Gurauan itu membuatkan situasi kelihatan lebih kelakar kerana mimik wajah Dato’ Fizz yang mencuit hati.

Tidak mahu kalah, Dato’ Fizz segera membalas dengan mengatakan yang dia sebenarnya memiliki diploma sambil memberikan jelingan tajam penuh gaya kepada isterinya. Aksi spontannya itu membuatkan suasana semakin kecoh dan kedengaran Datin Almy ketawa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Fizz dan memberikan emoji ketawa. Antara komen menarik adalah :
” Tok Fizz diploma menjahit kan dulu.. Bkn repair² mcm tu, hahha.. Yelah kami percaya.. “
” Diploma wireman ker, hahahaa. Jeling tu, amboi… “
Gelagat mereka tidak berhenti di situ. Dato’ Fizz sempat pula ‘membahan’ isterinya dengan berkata bahawa Datin Almy memang terkenal dengan sikap suka membebel. Katanya lagi, kalau boleh, dia mahu memotong satu ‘wayar’ pada Datin Almy untuk menghentikan leteran manja isterinya itu.

Gurauan manja antara Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy seperti ini boleh menyemarakkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Biarpun sekadar berbual dan menyakat sesama sendiri, keakraban dan kemesraan mereka itulah yang membuatkan setiap video menjadi hiburan yang menceriakan hari pengikut mereka di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG almynadiaofficial_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob

