Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia punya gelak lepas baca karangan kat buku anak dia tu semulajadi betul.. ” – Komen Netizen

Video Thr0wback Rita Rudaini Menyemak Kerja Sekolah Anaknya, Airit Rayyan Rizqin Buat Ramai Terhibur. Boleh Pula Rayyan Tulis Ayat Guna Loghat Utara. Mahu Tak Tersembur Mummy Gelakkan Rayyan, Haha !!

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pastinya pernah menyemak kerja sekolah anak-anak. Pada masa inilah kita akan mengetahui tahap pembelajaran anak-anak dan apa yang mereka pelajari di sekolah. Adakalanya kerja disiapkan dengan baik dan ada juga kerja yang tidak sempat disiapkan.

Meninjau ke akaun Instagram Rita Rudaini, perkongsian sebuah video thr0wback ketika Rita menyemak kerja sekolah anak sulung, Airit Rayyan Rizqin telah membuatkan ramai terhibur. Rita menyemak kerja anaknya yang merupakan subjek bahasa Melayu.

Rita membaca ayat yang ditulis oleh Rayyan dibukunya. Apa yang menghiburkan apabila Rayyan menggunakan perkataaan ‘ berterabur ‘ dalam ayat yang dibinanya. Perkataan tersebut sememangnya selalu disebut oleh Rita tetapi tidak menyangkakan perkataan itu diterapkan dalam pembelajaran Rayyan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sememangnya situasi begini akan menyebabkan ibu-ibu bertukar menjadi cikgu apabila menyemak kerja sekolah anak-anak.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ramai yang berkongsi pengalaman menyemak kerja sekolah anak-anak. Antara komen-komen yang diberikan :

” Haha.. saya marking paper baru2 ni.. siap ada yg tulis โ€œ membutuhkan makanan โ€œ.. Bukan berterabur Rayyan. Yg betul dia berterabuq.. “

” Mom is the best home tutur for our kids .. Sy pn mcm ni belek homework ank2. Kadang2 rasa penat sgt2 dh. Tp bila tgk result ank2, berbunga2 hati.. “

” Anak saya pernah buat ayat, Ayah saya membubuh milo ke dalam cawan. sebab ikot mak cakap la jadi lagutu. seb bek dia tk tulis boh milo, dia tambah imbuhan membubuh.. “

” Anak saya plak guna bahasa indo. ‘Lewat sini’ ‘Langsung makan’. Mcm2.. ย dia punya gelak lepas baca karangan kat buku anak dia tu semulajadi betul .. “

” Anak kami umur 14 tahun cakap dia mkan roti canai 2 helai,tapi mama tak cakap camtu kat rumah.. Nasib dia tulis rambut berterabur bukan berterabuq .. “

” Mommy cakap..hahah. samalah anak sy sis. Bila buat karangan dia boleh guna bahasa kt rumah.. kdg confuse sy. Sy perlu guna bahasa rasmi ke kt rumah ni.. “

” Ayat mak dia mungkin, “ni rambut sapa berteraboq merata ni”. Mommy hg satgi kena cakap bahasa melayu standard plak kat umah.. “

Didikan dan kerajinan Rita yang selalu menyemak kerja sekolah Rayyan kini telah pun membuahkan hasil. Rayyan kini berjaya menyambung pelajaran di peringkat menengahnya di MRSM. Semoga Airit Rayyan Rizqin menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT