Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia punya g1la-g1la ni, dekah aku gelak. Power betul, effortlessly je dorang dua nyanyi.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Berpadu Suara Dengan Ernie Zakri Menyanyi Lagu Cinta Di Akhir Garisan Buat Warganet Teruja. Alahai Dua-Dua Ni, Menyanyi Main-Main Pun Best. Siap Lawan Vokal Tu Yang Tak Tahan. Siap Keluar Suara Soprano Masing-Masing, Haha !!

Bagi pengikut setia radio Era FM, pastinya sudah biasa mendengar celoteh Elly Mazlein atau pun mesra dengan sapaan Kak Lina dalam slot Carta 40 Era. Setiap minggu pasti ada artis jemputan yang diundang dan minggu ini, Ernie Zakri sekali lagi menjadi tetamu Kak Lina.

Sebagaimana kebiasaan, pasti akan ada edisi karaoke Kak Lina bersama artis jemputan. Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina dan Ernie berduet menyanyikan lagu berjudul Cinta Di Akhir Garisan.

Klik gambar untuk info..

Baik Ernie mahu pun Kak Lina, kedua-duanya jenis masuk air dan banyak bermain ketika menyanyi. Dengan reaksi muka yang mencuit hati, nyanyian tetap performe. Meremang mendengar suara padu dua orang penyanyi hebat ini. Lagu ini antara lagu bernada tinggi tetapi Kak Lina dan Ernie ‘tapau’ macam tu sahaja.

Lawak sungguh apabila masing-masing tak mahu kalah dan berlawan vokal. Habis segala suara soprano keluar, muka pun senget-senget punya hendak tunjuk siapa lagi power. Setiap kali Ernie dan Kak Lina bergabung, memang pecah lah studio dengan gelagat g1la-g1la mereka.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kalau dgn kak kepom, gedik pun ak ketawa weyhhhh… Thanks menghiburkan… Erni pun samaaa.. Geram la aku dua owng ni… haha.. ”

” Bila dua2 masuk air .. result dia ttp sedap sbb mmg dah suara sedap… nyanyi main2 pun sedap … ntahlah … malas lah nak ckp… sedaplah.. ”

” Repeat bnyk kali utk tgok kecomelan kak ninie dan kak lina pompom tak nak kalah.. part menyala ernie is goosebumps.. ”

” Korang nyanyi main2 pun sedap ek.. comel tau dua-dua ni.. kita perasan suara kak kepom makin sedap sekarang.. ”

” “Cinta yang diakhir garisan….”-ernie tokojut den part tu haha.. Ninie kalau bab harmonize memang no syatu haha.. ”

” Dia punya g1la-g1la ni, dekah aku gelak. Power betul, effortlessly je dorang dua nyanyi sambil memain pulak tu.. ”

” Nyanyi main-main pun sedap.. Mantappp la kak Kepom dan Ernie.. Kelakar la kak lina dan ernie. Elok la dua² ni bertemu. Luv korg cover lagu ni.. ”

” Nyanyi main2 pun dah best giler… sgt profesional… dua-dua comel, gedik pro sangat.. sama naik perangai haha.. aku tak boleh lah kalau dua-dua masuk air macam ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok warganet mendengar suara Kak Lina dan Ernie, memang terbaik lah. Menyanyi secara santai dan banyak edisi bergurau, tetap meremang dibuatnya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga pembaca juga turut terhibur dengan menonton video ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT